Advertisements

Kalendar 2020: Senarai Cuti Sekolah Takwim Persekolahan Terbaru KPM

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020 — tahun di mana Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Berikut dikongsikan Kalendar 2020 (kalendar kuda) beserta senarai cuti sekolah dan cuti umum.

Diharapkan perkongsian kalendar memudahkan anda merancang aktiviti percutian, tarikh kenduri kahwin dan sebagainya.

Bagi penerima skim Bantuan Sara Hidup, pastikan anda semak status kelayakan BSH 2020.

Wawasan 2020

Apakah Wawasan 2020?

Ianya merupakan wawasan di bawah kerajaan BN ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.

Dr Mahathir sebelum ini telah menggariskan 9 cabaran utama yang perlu diatasi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Antaranya:

  • Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  • Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  • Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  • Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  • Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  • Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  • Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  • Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  • Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Pada era Dato’ Sri Najib Razak, beliau memperkenalkan TN50 sebagai kesinambungan Wawasan 2020.

Cuti Sekolah Kalendar 2020

Sesi persekolahan tahun depan akan bermula seawal 1 Januari – 21 Mei 2020.

Manakala penggal kedua persekolahan akan bersambung semula pada 19 Jun – 20 November 2020.

Cuti sekolah (pertengahan penggal) akan bermula 13 – 21 Mac 2020 (seminggu).

Cuti pertengahan tahun pula dari 22 Mei – 6 Jun 2020.

Cuti tengah penggal selama seminggu bermula dari 24 Julai – 1 Ogos 2020.

Dan akhir sekali cuti akhir tahun selama 5 minggu dari 20 November – 31 Disember 2020.

Untuk makklumat lanjut anda boleh download takwim persekolahan 2020 di sini.

Takwim Persekolahan 2020 Terbaru

Umum sedia maklum KPM telah membuka semula sesi persekolahan melibatkan murid Tingkatan 5 & 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Sehubungan dengan itu, KPM telah membuat pindaan Takwim Persekolahan 2020 untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dan pembelajaran murid.

Cuti persekolahan terbaru ini melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari.

Selain itu, cuti akhir tahun bagi sekolah kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala bagi sekolah kumpulan B cuti dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Berikut merupakan takwim persekolahan terkini bagi tahun 2020 selepas PKPP.

Berikut dikongsikan kalendar kuda 2020 sebagai rujukan semua.

January 2020

januari 2020

Cuti Sekolah Januari 2020

  • 1 Jan: Tahun Baru
  • 14 Jan: Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan
  • 19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah
  • 25 – 27 Jan: Cuti Tahun Baru Cina

February 2020

februari 2020

Cuti Sekolah Februari 2020

  • 1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan
  • 8 Feb: Thaipusam

March 2020

mac 2020

Cuti Sekolah Mac 2020

  • 4 Mac: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
  • 22 Mac: Israk Mikraj
  • 23 Mac: Hari Keputeraan Sultan Johor

April 2020

april 2020

Cuti Sekolah April 2020

  • 10 April: Good Friday
  • 15 April: Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
  • 24 April: Awal Ramadhan
  • 26 April: Hari Keputeraan Sultan Terengganu

May 2020

mei 2020

Cuti Sekolah Mei 2020

  • 1 Mei: Hari Pekerja
  • 7 Mei: Hari Wesak
  • 10 Mei: Hari Nuzul Alquran
  • 24-26 Mei: Hari Raya Aidilfitri
  • 30-31 Mei: Pesta Kaamatan

June 2020

jun 2020

Cuti Sekolah Jun 2020

  • 1-2 Jun: Hari Gawai

July 2020

julai 2020

Cuti Sekolah Julai 2020

  • 7 Jul: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown
  • 11 Jul: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • 17 Jul: Hari Keputeraan Raja Perlis
  • 22 Jul: Hari Sarawak
  • 31 Jul: Hari Raya Haji

August 2020

ogos 2020

Cuti Sekolah Ogos 2020

  • 1 Ogos: Hari Raya Haji Hari Kedua
  • 20 Ogos: Awal Muharram
  • 31 Ogos: Hari Kebangsaan

September 2020

september 2020

Cuti Sekolah September 2020

  • 9 Sept: Hari Keputeraan YDP Agong
  • 11 Sept: Hari Malaysia

October 2020

oktober 2020

Cuti Sekolah Oktober 2020

  • 3 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • 9 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • 10 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
  • 24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang
  • 26 Okt: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
  • 29 Okt: Maulidur Rasul

November 2020

november 2020

Cuti Sekolah November 2020

  • 6 Nov: Hari Keputeraan Sultan Perak
  • 11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan
  • 14 Nov: Hari Deepavali

December 2020

disember 2020

Cuti Sekolah Disember 2020

  • 11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor
  • 25 Dis: Hari Krismas

Takwim Persekolahan 2020

Takwim persekolahan bagi tahun 2020 belum diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan.

Namun tarikh-tarikh yang dipaparkan di atas adalah tarikh cuti sekolah rasmi.

Bagi sesi persekolahan Ahad – Jumaat, berikut senarai cuti umum yang jatuh pada hari tersebut:

Cuti Umum Ahad

  • Tahun Baru Cina (26 Jan 2020)
  • Hari Raya Puasa (24 Mei 2020)
  • Hari Kebangsaan (31 Ogos 2020)

Cuti Umum Jumaat

  • Good Friday (10 April 2020)
  • Hari Buruh (1 Mei 2020)
  • Raya Haji (31 Jul 2020)
  • Hari Krismas (25 Dis 2020)

Tarikh cuti sekolah dan cuti umum Kalendar 2020 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi ibu bapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, anda boleh semak menggunakan sistem SAPS NKRA.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.