Advertisements

Permohonan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan

Advertisements

Penggiat industri pelancongan di Negeri Sembilan kini boleh memohon Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan lebih RM1.71 juta bagi membantu industri pelancongan di negeri tersebut.

Bantuan ini diberikan akibat terjejasnya industri pelancongan di negeri tersebut akibat COVID-19 yang menyebabkan kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.

Oleh itu, bantuan kewangan ini diharapkan dapat meringankan beban penggiat industri pelancongan di Negeri Sembilan dalam menghadapi situasi yang sukar ini.

Jenis Bantuan Kewangan

Menerusi Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan ini, terdapat 5 jenis bantuan utama yang diberikan iaitu:

i) Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000

Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah seperti:

  • Malaysia Association of Hotel (MAH NS)
  • Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS)
  • Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA)
  • Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).

ii) Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

– Menerusi bantuan ini, sebanyak tujuh 7 buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat bantuan ini iaitu:

  • Homestay Pelegong, Seremban
  • Homestay Lonek, Jempol
  • Homestay Rawa, Lenggeng
  • Homestay Pachitan, Port Dickson
  • Homestay Kuala Klawang Jelebu
  • Homestay D’ Pelanduk Best, Port Dickson
  • Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu

ii) Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250

– Bantuan ini akan memanfaatkan sejumlah 91 orang pemandu pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA).

iii) Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021.

iv) Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022.

Cara Memohon

Bagi kategori bantuan persatuan pelancongan, rumah inap, dan pemandu pelancong Negeri Sembilan, permohonan perlu dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sediakan dokumen-dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan.
    – Nombor pendaftaran keahlian persatuan atau salinan kad keahlian/sijil keahlian.
    – No akaun bank dan salinan penyata akaun bank.
  2. Hantar dokumen tersebut ke email [email protected]
  3. Nyatakan di dalam email terbabit untuk membuat permohonan bagi kategori yang berkaitan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan ini, sila hubungi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di talian 06-765 9734.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.