Advertisements

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP: Pengajian Mesir & Jordan

Advertisements

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara iaitu Mesir dan Jordan.

Tawaran ini dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi tahun Pengajian 2019 & 2020.

Penempatan pusat pengajian mestilah hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon biasiswa ini.

Bagi permohonan biasiswa ini, pemohon boleh membuat permohonan mulai 4 Ogos hingga 21 Ogos 2021.

Program & Institusi

Pihak MAIWP akan menaja pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam program dan institusi berikut:

NegaraInstitusiProgram
MesirUniversiti Al-AzharIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Bahasa Arab
MesirUniversiti Al-AzharIjazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
MesirUniversiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
MesirUniversiti Al-Azhar (Uni.Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi
JordanUniversiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-AlbaytIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah/Bahasa Arab/Usuluddin/Muamalat Perbankan Islam/Usul dan Fiqh

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  6. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

i) Pengajian di Mesir

  1. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
    – Lulus STAM dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz; dan
    – Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.
  2. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
    – Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik.
  3. Bagi calon yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:
    – Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA); dan
    – Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.
  4. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi mestilah:
    – Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) DAN Lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C).

ii) Pengajian di Jordan

  1. Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah (Bahasa Arab/Usuluddin/Usul dan Fiqh) mestilah:
    – Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik).

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang tidak layak memohon bagi Biasiswa Baitulmal MAIWP ini adalah seperti:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/foundation/kursus persediaan bahasa.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  6. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan.
  2. Klik butang ‘Klik Di Sini.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  4. Sehingga paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Baitulmal MAIWP, sila hubungi pihak Unit Pembangunan Akademik MAIWP di talian:

  • Kuala lumpur: 019-200 4270/019 -200 4686
  • Labuan: 013-851 4066
  • Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.