Pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada keluarga miskin tegar atau B40 boleh mendapatkan bantuan pelajaran menerusi Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2021 di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman.
BTAR adalah biasiswa Ijazah Sarjana Muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia.
Tambahan pula, skim bantuan pelajaran ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni.
Oleh itu, penerima-penerima BPTAR akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.
Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon BPTAR perlu membuat permohonan sebelum 4 Disember 2021.
Jumlah Penerima
Untuk tahun akademik 2020/2021, seramai 15 orang penerima BPTAR diperuntukkan untuk setiap universiti.
Bantuan Pelajaran
Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima bantuan pelajaran merangkumi:
- Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
- Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian.
- Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks.
- Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
Program Kepimpinan
Pelajar yang menerima BPTAR akan menyertai program kepimpinan selama 2 tahun merangkumi:
- Mentorship: Pelajar akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga Alumni Tunku Scholar tentang kerjaya dan perkembangan diri.
- Peluang pembangunan: Pelajar akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
- Projek kemasyarakatan: Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap pelajar perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan Yayasan Tunku Abdul Rahman ini.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar yang memohon BPTAR adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah sarjana muda sahaja.
- Pelajar berlatar belakang keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
- Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/…/1SiEF0xeGgwMQyOj9Ai0…/view…
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Borang permohonan yang lengkap diisi perlu diemelkan atau dihantar kepada Timbalan Naib Canselor (HEP).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.yayasantar.org.my/.