Advertisements

Permohonan RPEL: Program Peningkatan Kerjaya Vateran ATM

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang untuk menyertai latihan bagi peningkatan kerjaya menerusi Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) di bawah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

RPEL ialah program penilaian kepada anggota & veteran ATM dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman & keterampilan semasa perkhidmatan

Program ini diwujudkan di bawah Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM yang menawarkan Veteran ATM yang berkelayakan dengan pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Oleh itu, vateran ATM yang berminat boleh membuat permohonan segera secara atas talian.

Tajaan Program RPEL

Tajaan program RPEL melibatkan bidang kemahiran berikut iaitu:

  • Pengurusan Operasi Sekuriti
  • Pengurusan Pentadbiran
  • Pengurusan Operasi Logistik

Manfaat Program RPEL

Antara manfaat program ini ditawarkan adalah seperti:

  • Menawarkan pensijilan DKM yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
  • Calon berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bertaraf IPT.
  • Peningkatan kerjaya, kebolehpasaran dan pendapatan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Pemohon mestilah veteran ATM.
  • Memiliki pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon.
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun.
  • Pemohon mahir menggunakan komputer.

Cara Memohon

Untuk memohon program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://rb.gy/elknzq.
  2. Baca maklumat program dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next pada setiap paparan.
  4. Pada paparan yang terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Latihan Komersial dan Pentaulihan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di talian 03 – 6156 9412 samb. 1120/1116/1112/1114.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.