perajurit muda tentera darat

Pengambilan Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia 2019

Berminat untuk sertai Tentera Darat?

Terbaru, pengambilan Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia 2019 kini dibuka.

Kepada yang berminat, anda boleh semak lokasi pemilihan yang akan diadakan di seluruh Malaysia bermula bulan September depan.

Pengambilan terbuka kepada semua lelaki yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada 22 November 2019.

Kelayakan fizikal adalah seperti berikut:

  • Tinggi (minima) – 1.62m
  • Berat (minima) – 47.5kg
  • Body Mass Index (B/T/T) – 18.0 – 26.0

Anda perlulah memiliki Sijil SPM dan Setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam empat subjek berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik

Kelayakan tambahan:

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.

Calon yang layak akan disenarai pendek untuk menjalani ujian kecergasan dan ujian bertulis.

Ujian kecergasan terdiri daripada:

  1. Larian 2.4km – 14minit
  2. Tekan Tubi – 40kali
  3. Bangkit Tubi – 40kali

Manakala ujian bertulis pula mempunyai dua seksyen iaitu ujian kecerdasan akal dan ujian psikologi.

Gaji yang ditawarkan seperti berikut:

  • Perajurit Muda – RM1,459.00 (gaji permulaan)
  • SPM/SVM – RM1,564.00 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 2 – RM1,630.01 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 3 – RM1,696.02 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA PERUBATAN – RM1,894.05 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – RM2,026.07 (gaji permulaan)

Setiap anggota ATM akan turut menerima elaun dan kemudahan penjawat awam seperti:

  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elaun Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan
  7. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/komputer
  8. Rawatan Perubatan
  9. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  10. Insuran Kelompok Koperasi Tentera
  11. Peluang Melanjutkan Pelajaran
  12. Kemudahan Kediaman

Lokasi Pengambilan Perajurit Muda Angkatan Tentera Malaysia

Sekiranya berani dan berminat untuk sertai Perajurit Muda ATM, anda boleh hadirkan diri ke mana-mana lokasi pemilihan bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Zon Utara

  • 4 Sept 2019 – REJ 504 AW, KEM BUKIT KETERI, KANGAR, PERLIS
  • 6 & 7 Sept 2019 – REJ 513 AW, KEM BUKIT PINANG, ALOR SETAR, KEDAH
  • 9 Sept 2019 – BN KE-2 REJ 513 AW, KEM JALAN BUKIT, KULIM, KEDAH
  • 11 Sept 2019 – BN 1 REJ 509 AW, KEM BATU UBAN, PULAU PINANG
  • 13 Sept 2019 – REJ 503 AW, KEM JALAN TAMBUN, IPOH, PERAK

Zon Tengah & Selatan

  • 4 Sept 2019 – REJ 501 AW, KEM TEBRAU, JOHOR
  • 6 Sept 2019 – MSS KLUANG, KEM MAHKOTA, KLUANG, JOHOR
  • 8 & 9 Sept 2019 – MK 12 BGD, KEM WARDIEBURN, KUALA LUMPUR
  • 11 Sept 2019 – REJ 514 AW, KEM BUKIT BERUANG, MELAKA
  • 13 Sept 2019 – REJ 508 AW, KEM RASAH, SEREMBAN, NS

Zon Timur

  • 4 Sept 2019 – MSS TEMERLOH, KEM BT 3, TEMERLOH, PAHANG
  • 6 Sept 2019 – BN 1, REJ 505 AW, KEM SRI KUANTAN, KUANTAN, PAHANG
  • 8 Sept 2019 – 18 RAMD PARA, KEM SRI PANTAI, TERENGGANU
  • 10 & 11 Sept 2019 – MSS DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU, KELANTAN
  • 13 Sept 2019 – 8 RAMD, KEM LIPIS, K.LIPIS, PAHANG

Zon Sabah

  • 7 & 8 Sept 2019 – MSS LOK KAWI, KOTA KINABALU, SABAH
  • 10 Sept 2019 – 22 RAMD, KEM SRI KINABATANGAN, SANDAKAN, SABAH
  • 12 Sept 2019 – BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU, SABAH

Zon Sarawak

  • 7 & 8 Sept 2019 – MK 3 BGD, KEM PENRISSEN, KUCHING, SARAWAK
  • 10 Sept 2019 – 3 RRD, KEM OYA, SIBU, SARAWAK
  • 12 Sept 2019 – 20 RAMD, KEM SRI MIRI, MIRI, SARAWAK

Pakaian

Calon dikehendaki memaki baju kemeja putih lengan panjang, seluar panjang gelap dan berkasut ketika hadir ke pemilihan awal ini.

Sila bawa bersama beberapa dokumen berikut:

  1. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
  2. Sijil SPM (Asal & Salinan)
  3. Salinan Sijil Kematian Ibu/bapa (bagi yg ibubapa meninggal dunia)
  4. Sijil Berhenti Sekolah (Asal & Salinan)
  5. Salinan Sijil Nikah & Sijil Kelahiran anak (berkahwin sahaja)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/waris terdekat
  7. Sijil Diploma dan Transkrip (Asal & Salinan)
  8. Sekeping Gambar Berukuran Passport
  9. Sampul Surat Pos Ekspress (Calon Sabah/Sarawak)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi layari web rasmi: army.mod.gov.my atau ke alamat:

SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Tel: 03-2071 6030/3926/4254)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.