Advertisements

Permohonan Hartani-i Agro Bank: Pembiayaan Tanah Pertanian

Advertisements

Individu yang tidak mempunyai tanah atau tidak mempunyai modal untuk membeli tanah bagi mengusahakan tanaman pertanian, Agrobank menawarkan pembiayaan tanah pertanian menerusi Hartani-i.

Hartani-i ialah kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta individu berpendapatan stabil untuk tujuan membeli tanah pertanian.

Pembelian tanah tersebut termasuklah pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Agrobank.

Pembiayaan ini diwujudkan untuk memberi galakan dan membantu orang ramai melaksanakan aktiviti pertanian di dalam negara.

Oleh itu, orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan pembiayaan ini di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran.

Konsep Tawarruq

Pembiyaan ini menggunakan konsep Tawarruq iaitu melibatkan dua kontrak jual beli.

Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh dan seterusnya pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Melalui pembiayaan ini, pihak Bank akan membeli komoditi (kredit prabayar atau apa-apa komoditi yang dinasihatkan oleh pembekal komoditi) daripada pembekal komoditi dengan harga kos (berdasarkan kepada jumlah pembiayaan).

Kemudiannya, pihak Bank menjual komoditi tersebut kepada Pelanggan secara Murabahah iaitu harga kos ditambah keuntungan dengan bayaran tertangguh.

Bank sebagai wakil Pelanggan (Wakalah) menjual komoditi tersebut pada harga kos secara tunai kepada pihak ketiga dan hasil jualan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai amaun pembiayaan yang dikehendaki oleh Pelanggan.

Ciri-Ciri Pembiayaan

Ciri-ciri pembiayaan Hartani-i yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bayaran ansuran pembiayaan adalah melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA, arahan tetrap, potongan gaji, atau cek tertunda.
  • Pemohon digalakkan mengambil Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT) atau Pelan Takaful Gadai Janji Berkelompok (GCTT).
  • Tiada penalti bagi penyelesaian awal.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah maksimum adalah 240 bulan (20 tahun) atau sehingga pemohon berumur 60 tahun pada tarikh matang pembiayaan (mana-mana yang lebih awal).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pembiayaan Hartani-i adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas sehingga 60 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
  2. Terbuka kepada individu yang berpendapatan tetap dan stabil.
  3. Pendapatan kasar bulanan minimum pemohon:
    – Kakitangan sektor kerajaan: RM1,500
    – Kakitangan sektor swasta: RM2,000

Cara Memohon

Orang ramai yang ingin memohon boleh terus ke mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran.

Permohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. 3 bulan slip gaji terkini bagi individu yang berpendapatan tetap.
  2. 6 bulan penyata bank bagi individu yang berpendapatan stabil.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon.
  4. Salinan geran tanah.
  5. Perjanjian jual beli.
  6. Salinan kad pengenalan pemilik tanah.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau melayari laman web https://bit.ly/Hartani-i_Agrobank.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.