Advertisements

Aplikasi MyPay: Perkhidmatan Agensi Kerajaan Dalam Satu Platform

Advertisements

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan kerajaan kini boleh melakukannya hanya melalui satu platform iaitu aplikasi MyPay.

MyPay ialah platform perkhidmatan digital yang dibangunkan oleh syarikat berteknologi maju tempatan iaitu Dapat Vista Sdn Bhd dan dilancarkan pada tahun 2019 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada awal pelaksanaannya, aplikasi ini akses perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada aplikasi web sebelum diperluaskan kepada aplikasi telefon bimbit.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store di telefon bimbit masing-masing.

Kelebihan MyPay

Terdapat 4 kelebihan aplikasi ini yang ditawarkan kepada pengguna iaitu:

  • Akses mudah dan pantas.
  • Rekod pembayaran disediakan.
  • Mempunyai kemudahan tetapan peringatan bagi pembayaran bulanan.
  • Mempunyai sistem sekuriti yang kukuh untuk menyimpan maklumat anda bersama Agensi Kerajaan dengan selamat.

Perkhidmatan MyPay

Menerusi aplikasi ini, pengguna berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan berikut hanya melalui satu aplikasi sahaja iaitu:

  • Menyemak baki pinjaman.
  • Membuat bayaran untuk pinjaman.
  • Mendapat maklumat terkini saman trafik dan cukai tertunggak.
  • Memperbaharui lesen memandu.
  • Bayaran zakat.
  • Pembayaran cukai taksiran.
  • Memohon pembiayaan bagi penjawat awam.

MyPay Coin Conversion

Terbaharu, aplikasi ini juga menawarkan tukaran wang syiling melalui MyPay Coin Conversion.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menerusi perkhidmatan ini, aplikasi ini akan mencari lokasi tukaran syiling terdekat dengan lokasi pengguna.

Tukaran wang syiling tersebut adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan.

Cara Penggunaan

Untuk menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun aplikasi MyPay melalui pautan ini:
    – Google Play: http://bit.ly/MyPayAndroid
    – Apple App Store: http://bit.ly/MyPayIOS
  2. Install aplikasi tersebut.
  3. Setelah install, klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi butiran peribadi seperti nombor Mykad, nombor telefon bimbit dan alamat emel.
  5. Lengkapkan proses verifikasi dengan memuat naik gambar MyKad serta swafoto.
  6. Aplikasi sedia untuk digunakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi MyPay, sila layari laman web https://mypay.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.