Advertisements

Takwim Persekolahan Penggal 3 & Kalendar Akademik 2022/2023

Advertisements

Kepada para ibu bapa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan makluman mengenai sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 dan juga kalendar akademik 2022/2023.

Untuk makluman, sesi persekolahan pada tahun ini mengalami sedikit perubahan disebabkan penutupan sesi persekolahan secara bersemuka akibat penularan COVID-19.

Sesi persekolahan yang sepatutnya berakhir pada bulan Disember 2021 pada tahun ini telah dilewatkan kepada bulan Mac tahun 2022.

Ini bermakna, sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac berbanding bulan Januari seperti kelazimannya.

Negeri Kumpulan

Tarikh sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan kepada 2 negeri kumpulan iaitu:

i) Negeri Kumpulan A

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

ii) Negeri Kumpulan B

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan Penggal 3

Tarikh sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 22 Mac 2022 di negeri kumpulan A.

Perincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk pada gambar di bawah:

Bagi negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 seperti yang ditetapkan adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

Tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Kalendar Akademik 2022/2023

Bagi kalendar akademik 2022/2023, sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2021 bagi negeri kumpulan A.

Bagi negeri kumpulan B pula, sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2022/2023 bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

Perincian bagi kalendar akademik 2022/2021 mengikut negeri kumpulan ditunjukkan melalui gambar di bawah:

Cuti Perayaan

Selain itu, terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan oleh KPM.

Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti:

  • Tahun Baru Cina 2022
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Gawai Dayak
  • Hari Deepavali
  • Tahun Baru Cina 2023

Perincian penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 dan kalendar akademik 2022/2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/takwim.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.