Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi pelajar peringkat pengajian Ijazah dan pondok yang mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara menerusi Dermasiswa Luar Negara.
Untuk makluman, MAIPk ditubuhkan pada 23 Oktober 1949 oleh kerajaan Negeri Perak yang bertanggungjawab mentadbir institusi zakat dan harta baitulmal di negeri tersebut.
Salah satu bantuan yang diberikan oleh MAIPk adalah Dermasiswa Luar Negara untuk membantu pelajar-pelajar anak Negeri Perak yang mendapat tawaran belajar di luar negara.
Permohonan bagi Dermasiswa Luar Negara ini dibuka sehingga 20 November yang dibuat secara online.
Syarat Umum
Syarat-syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Permohonan dibuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah (kemasukan tahun 2015 ke bawah) dan pondok.
- Menetap di Negeri Perak.
- Permohonan kali pertama atau kepada pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk sebelum ini.
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tahun yang sama.
Syarat Kelayakan
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Negara yang dibenarkan dalam permohonan ini ialah Mesir, Jordan, Morocco, Indonesia dan lain-lain negara (bagi pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk).
- Pemohon yang mengikuti kursus Pengajian Islam dan Perubatan sahaja dibenarkan memohon.
- Pemohon tidak mendapat tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi.
- Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun serta dilaksanakan secara sepenuh masa.
- Semua permohonan ke luar negara hendaklah berdaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
- Keutamaan kepada ibubapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan melalui pautan berikut https://bit.ly/2PvWoY5.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap perlu discan dan email kepada Pn. Sharifah di alamat email [email protected].
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
- Surat pengesahan pengajian terkini (Surat tasdiq/Isbat tholib).
- Slip keputusan peperiksaan terkini.
- Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/pencen ibu/bapa, penjaga.
- Muka hadapan akaun bank.
- Salinan surat pengesahan tinggal (Mastautin) Ibu Bapa di Negeri Perak.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa Luar Negara ini, sila hubungi Pn. Sharifah/ Pn. Hidayu di talian 05-208 4000/4079/4088.