Advertisements

Permohonan Agihan Zakat Pelajar Ke Maghribi Zakat Kedah

Anak-anak Negeri Kedah yang bakal melanjutkan pelajaran ke Maghribi, pihak Lembaga Zakat Kedah telah membuka permohonan bagi Agihan Zakat Bagi Pelajar yang Melanjutkan Pelajaran ke Mahribi.

Untuk makluman, pelaksanaan agihan zakat dibuat selepas diluluskan pada mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah menerusi peruntukan yang diperoleh pada tahun 2021.

Agihan zakat ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2020.

Pemohon yang berminat dan menepati syarat-syarat permohonan boleh membuat permohonan sebelum 25 November 2021.

Kategori Asnaf

Agihan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabilillah dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah dan diagihkan
kepada 8 golongan asnaf yang layak.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut keputusan pengajian yang diperoleh iaitu:

  • Mumtaz: RM 10,000.00
  • Jayyid Jiddan: RM 8,000.00
  • Jayyid: RM 6,000.00
  • Maqbul: RM 3,000.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin atau menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  5. Agihan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.

Cara Memohon

Untuk memohon agihan zakat pelajar ke Maghribi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.
  2. Pergi ke menu ‘Aplikasi Atas Talian’ dan kemudian ke ‘Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara’ dan seterusnya klik ‘Maghribi.’

3. Klik butang ‘Permohonan Baru.’

4. Baca dan semak syarat permohonan dengan teliti.

5. Isi maklumat diri dengan lengkap merangkumi:
– Maklumat Pelajar
– Maklumat Bapa dan Ibu/Waris/Penjaga
– Maklumat Tanggungan Bapa dan Ibu
– Maklumat Pengajian Pemohon
– Maklumat No akaun pemohon

6. Masukkan kata laluan dan butang ‘Semak.’

7. Isi maklumat pengajian, Klik butang ‘Sah dan Hantar.’

8. Klik butang ‘Kemaskini’ untuk muat naik dokumen-dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan

Dokumen-dokumen sokongan yang boleh dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
  2. Salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
  3. Surat akuan belajar Sesi pengajian tahun 2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar.
  4. Keputusan peperiksaan yang terkini (sesi pengajian tahun 2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar.
  5. Salinan akaun bank pemohon.
  6. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Zakat Kedah di talian 1800-88-1740 atau whatsapp serta call +6013-4592071.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.