Advertisements

Permohonan GSS 2022: Geran Kompetensi & Keutamaan UNESCO

Advertisements

UNESCO Malaysia telah membuka permohonan bagi geran pelaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan iaitu Geran Sumbangan SKUM (GSS).

GSS merupakan program tahunan oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di mana SKUM menyalurkan sumbangan kewangan (seed fund) kepada pihak yang ingin melaksanakan program atau projek berkaitan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO.

Ini termasuklah mempromosikan matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) menjelang tahun 2030 yang mana UNESCO terlibat dalam pelaksanaan SDG yang berkaitan dengan pendidikan, sains, sains sosial, komunikasi dan kebudayaan.

Oleh itu, permohonan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil Tetap (JKT) SKUM selewat-lewatnya pada 28 Januari 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan GSS yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Keutamaan permohonan diberikan kepada Non-Governmental Organisation (NGO), civil society organisation (CSO) serta persatuan/kelab berkaitan UNESCO seperti ASPnet, Kelab UNESCO, UNESCO Chair dan lain-lain.
  2. Permohonan dibuat melalui JKT SKUM, mengikut skop bidang tugas kementerian tersebut. Sebagai contoh, program yang berkaitan bidang pendidikan perlulah melalui JKT Pendidikan sebagai focal point.
  3. Program berasaskan penyelidikan persendirian adalah tidak dibenarkan.
  4. Pemohon wajib menyatakan secara khusus pencapaian SDG terlibat (contoh: SDG 4, SDG Target 4.7, SDG Indicator 4.7.1) terutamanya yang berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO.
  5. Keutamaan permohonan adalah kepada program yang mempunyai impak jangka masa panjang dan penglibatan masyarakat.
  6. Tempoh program yang dipohon adalah tidak melebihi 6 bulan.
  7. Program yang dipohon perlu menyatakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan (sekiranya ada).
  8. Pemohon perlu mengemukakan profil pertubuhan/institusi serta maklumat tambahan (sekiranya berkaitan).
  9. Pemohon mengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank persendirian adalah tidak dibenarkan.
  10. Permohonan perlu menggunakan format Borang Permohonan yang telah disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan Peruntukan Program

Permohonan peruntukan program mestilah tidak melibatkan perkara berikut:

  1. Pembelian aset dan projek infrastruktur.
  2. Pembayaran emolumen (contoh: elaun Pembantu Penyelidik, enumerator dan lain-lain).
  3. Tuntutan perjalanan dan penginapan.
  4. Hadiah pertandingan dan bayaran saguhati peserta.
  5. Perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.

Pelaksanaan Program

Permohonan program yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dikemukakan dalam permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Program yang dilaksanakan diwajibkan menggunakan logo rasmi SKUM dan mematuhi syarat seperti berikut:

  1. Logo lengkap perlu digunakan bersama dan tiada pengubahsuaian dibenarkan.
  2. Logo rasmi SKUM hanya boleh digunakan selepas pemohon menerima pemakluman kelulusan secara bertulis daripada SKUM dan tamat pada tarikh akhir program seperti dinyatakan dalam Borang Permohonan.
  3. Kebenaran penggunaan logo rasmi SKUM yang diberikan adalah bagi tempoh yang terhad dan dinyatakan secara bertulis.
  4. Penggunaan logo rasmi SKUM pada sijil penyertaan/penghargaan tertakluk kepada program dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat korporat, NGO dan badan-badan lain yang dinyatakan seperti dalam Borang Permohonan sahaja. Bagi program yang dijalankan oleh pihak luar tanpa kelulusan daripada SKUM, penggunaan logo rasmi SKUM di sijil penyertaan/penghargaan tidak dibenarkan sama sekali.
  5. Logo rasmi SKUM tidak dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan komersial, kutipan sumbangan dan dana termasuk sebarang aktiviti yang bermotifkan keuntungan kepada pihak pemohon.
  6. SKUM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi SKUM dan penggunaan logo yang tidak mendapat kelulusan.

Selain itu, Laporan Program (beserta gambar dan impak/hasil pelaksanaan) serta laporan kewangan perlu dihantar dalam tempoh 14 hari selepas program selesai kepada SKUM.

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://unesco.org.my/v2/gss-guideline-application-form/.
  2. Klik perkataan ‘GSS Aplication Form.’
  3. Klik butang ‘Download.’
  4. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar borang permohonan tersebut ke alamat berikut:

    Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM),
    Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
    Aras 7, Blok E8, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai GSS, sila hubungi pihak SKUM di talian 03-8884 6109.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.