Advertisements

SUPERB TERAJU: Geran Pembangunan Perniagaan Hingga RM500,000

Advertisements

Usahawan permulaan Bumiputera kini boleh memohon geran pembangunan perniagaan melalui Program SUPERB yang dilaksanakan bawah agensi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

TERAJU ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Salah satu program utama yang dilaksanakan oleh TERAJU iaitu SUPERB yang bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera yang berdaya saing dan menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 208 usahawan permulaan Bumiputera sejak dilancarkan pada tahun 2014 dan telah membantu meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu pemohon yang berminat untuk memohon SUPERB boleh membuat permohonan daripada 27 September sehingga 11 Oktober 2021.

Jumlah Geran

Usahawan permulaan di fasa pembentukan dan pembangunan idea yang berjaya menyertai program SUPERB akan mendapat geran pembangunan perniagaan sehingga RM100,000.

Bagi usahawan permulaan yang mana perniagaan mereka sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000. 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tema Projek

Usahawan permulaan yang melaksanakan tema projek berikut layak untuk memohon iaitu:

  • Ekonomi Digital
  • Kewangan Islam
  • Pelancongan
  • Pembuatan
  • Halal dan Makanan
  • Pertanian dan Komoditi
  • Pertahanan dan Keselamatan
  • Pembinaan Modular
  • Aeroangkasa
  • Logistik, Pengangkutan dan Kelestarian Mobiliti

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  2. Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh permohonan.
  3. Fasa projek:
    1. Idea/Prototaip (nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
    2. Pra Komersial/Komersial (nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

Terma & Syarat

Adalah diingatkan bahawa idea SUPERB yang dikemukakan oleh pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak yang lain.

Pemohon juga perlu memenuhi terma dan syarat yang lain iaitu:

i) Permohonan Individu

  1. Bumiputera bermaksud warganegara Malaysia yang merupakan:
    – Orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan; atau
    – Orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954; atau
    – Pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  2. Pemohon bukan individu yang muflis.

ii) Permohonan Syarikat

  1. Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat Pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera.
  2. Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat Pemohon adalah Bumiputera.
  3. Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun.
  4. Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis.
  5. Syarikat Pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan SUPERB, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://superb.teraju.gov.my/user/login?return=app/form?id=22.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi bahagian yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dan hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SUPERB, sila hubungi TERAJU di talian 03-7839 8000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.