Advertisements

Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan RM3,000

Advertisements

Waris/bagi pihak pesara kerajaan yang telah meninggal dunia boleh membuat permohonan Bantuan Mengurus Jenazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Waris/bagi pihak pesara kerajaan yang layak memohon bantuan ini adalah mereka yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

Pemberian Bantuan Mengurus Jenazah ini diharap dapat meringankan bebas waris/bagi pihak pesara kerajaan terbabit dalam menguruskan jenazah mereka yang meninggal dunia.

Oleh itu, waris/bagi pihak pesara kerajaan tersebut boleh membuat permohonan bantuan ini selepas individu tersebut meninggal dunia.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diterima waris/bagi pihak pesara kerajaan yang layak adalah sebanyak RM3,000 secara tunai.

Bagi penerima di dalam negara, pembayaran bantuan akan dilakukan menerusi waran atau kredit bank.

Namun, bagi penerima luar negara pula, pembayaran bantuan akan dilakukan melalui pindahan telegrafik atau deraf Bank.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Penerima Mengikut Keutamaan

Waris/bagi pihak pesara kerajaan akan mendapat bantuan ini mengikut keutamaan berikut iaitu:

  1. Balu/Duda.
  2. Anak.
  3. Ibu/Bapa.
  4. Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
  5. Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).

Cara Memohon

Waris yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan http://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM.pdf.
  2. Bagi pemohon ahli keluarga atau pihak yang menguruskan jenazah, sila muat turun bersama Surat Akuan Bersumpah di pautan berikut http://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/SURAT_AKUAN_PEMOHON_BMJ.pdf.
  3. Isi maklumat di borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor,
    Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kematian.
  2. Salinan Kad Pengenalan pesara.
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  4. Salinan muka surat hadapan buku akaun bank pemohon.
  5. Surat Pengesahan Jabatan Akhir atau lain-lain dokumen yang boleh mengesahkan perkhidmatan si mati sebagai penjawat awam (bagi pesara kerajaan di bawah Skim KWSP).
  6. Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan penerima iaitu:
PemohonDokumen
Balu atau DudaSalinan Sijil Nikah
AnakSalinan Sijil Kelahiran
Ibu atau AyahSalinan Sijil Kelahiran Pesara
Lain-lainSurat Akuan Bersumpah

Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Kadi, Imam, Paderi, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua Komuniti, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Kerajaan (Jawatan Utama, Jawatan Khas dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional), atau Ketua Anak Negeri.

Semakan Status Permohonan

Waris/bagi pihak pesara kerajaan yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan status permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/bantuanmengurusjenazah.
  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon dan no kad pengenalanm pesara tersebut.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Kumpulan Wang Persaraan di talian 03-8887 8777.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.