Advertisements

Daftar i-Saraan: Caruman Sukarela Insentif Pesaraan KWSP

Individu yang bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap dan suri rumah digalakkan membuat caruman menerusi Caruman Sukarela Insentif Pesaraan (i-Saraan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk makluman, i-Saraan merupakan adalah insentif daripada KWSP untuk menggalakkan individu bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap, dan suri rumah untuk mencarum bagi jaminan hari tua mereka.

Menerusi i-Saraan ini, ahli akan mencarum mengikut kemampuan
sendiri secara sukarela pada bila-bila masa sehingga jumlah maksimum caruman sukarela iaitu sebanyak RM60,000 setahun.

Oleh itu, mereka yang tergolong dalam kategori di atas dan berminat untuk membuat caruman boleh membuat pendaftaran i-Saraan di pejabat KWSP yang terdekat.

Manfaat Pencarum

Bagi pencarum yang mencarum ke dalam KWSP melalui i-Saraan, mereka akan mendapat 2 manfaat iaitu:

i) Manfaat Sumbangan Kerajaan

  • Kerajaan akan memberikan sumbangan sebanyak 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun kepada pencarum.

ii) Manfaat Daripada KWSP

  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan serta masih boleh membuat pengeluaran.
  • Pelepasan cukai.

Syarat Perdaftaran

Untuk membuat pendaftaran, individu perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 55 tahun ke bawah.
  3. Orang yang bekerja sendiri (orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  4. Ahli KWSP.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar bagi i-Saraan KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik dan muat turun borang pendafataran di pautan berikut:
    – Borang KWSP 16G (M)
    – Borang KWSP 6A (2)
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Bawa bersama borang-borang tersebut dan MyKad ke pejabat KWSP yang berhampiran.
  4. Semasa di pejabat KWSP, maklumkan kepada kakitangan untuk membuat pendaftaran i-Saraan.

Saluran Pembayaran

Pencarum yang telah mendaftar untuk i-Saraan boleh membuat pembayaran bulanan melalui 3 kaedah iaitu:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN dan RHB).
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai i-Saraan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.