Advertisements

SKWS: Khidmat Pemeriksaan Mammogram Percuma

Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan satu program berkaitan penjagaan kesihatan wanita di Selangor iaitu Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS).

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Kempen utama di bawah SKWS dengan menyediakan pemeriksaan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

Penyediaan khidmat pemeriksaan Mammogram percuma ini adalah untuk mencapai matlamat adalah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Selain itu, YAWAS juga menyediakan pelbagai insentif lain seperti:

  • Tabung Warisan Anak Selangor
  • Insentif Perkahwinan Belia
  • Skim Mesra Usia Emas
  • Skim Asuh Pintar
  • Skim Bantuan Tadika Selangor, dan banyak lagi.

Senarai Panel

Senarai panel yang akan melaksanakan pemeriksaan ini adalah seperti berikut:

  • Beacon Hospital Sdn Bhd
  • Columbia Asia Hospital (Klang)
  • Columbia Asia Hospital (Cheras)
  • Columbia Asia Hospital (Puchong)
  • Columbia Asia Hospital (Setapak)
  • KPJ Klang Specialist Hospital
  • KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam)
  • KPJ Damansara
  • Aurelius Hospital Nilai
  • Sentosa Specialist Hospital (Klang)

Syarat Kelayakan Skim Kesihatan Wanita Selangor

Permohonan SKWS tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi iaitu:

  1. Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun dan ke atas.
  2. Pengundi di Negeri Selangor.
  3. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (bukan kelahiran Negeri Selangor).

Langkah Memohon

Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Laman Web Rasmi YAWAS iaitu http://skw.yawas.my/.
  2. Tekan bahagian ‘permohonan online’ dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
  3. Pemohon perlu menghantar dokumen kepada Pejabat Yawas.
  4. Pemohon kemudiannya boleh menyemak status permohonan di Laman Web Rasmi SKWS.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. borang permohonan online (jika bukan kelahiran Negeri Selangor perlu dapatkan pengesahan permastautin).
  3. Salinan semakan daftar pemilih SPR pemohon.

Pertanyaan & Info Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaa atau info lanjut boleh hadir ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selngor (YAWAS) yang beralamat di:

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak YAWAS di talian 03 5481 8839/03 5481 8835 atau menghantar emel ke alamat: [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.