Advertisements

Permohonan Pegawai Kadet ATM Lepasan Ijazah 2023

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai Kadet dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

ATM merupakan pasukan yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional negara yang terdiri daripada TDM, TLDM, dan TUDM.

Mengikut sejarah, pasukan ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. 

Kemudian, pasukan ini berkembang menjadi sebuah pasukan yang kukuh dan kuat seperti yang dilihat pada hari ini.

Lokasi Penempatan

Pemohon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di:

  • Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak
  • Sekolah Latihan Pegawai Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah

Syarat Pelantikan

Syarat pelantikan untuk pegawat kadet ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jantina lelaki dan wanita.
  3. Berumur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2023.
  4. Fizikal:
    – Tinggi minimum: Lelaki 1.62 m, Wanita 1.57 m
    – Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Wanita 45.0 kg
    – Beza Ukuran Dada Pernafasan: Lelaki 5 cm, Wanita 4 cm
    – Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9
  5. Taraf Kesihatan: Lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Pemohon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
  6. Kelayakan Akademik:
    – Kelulusan Asas: Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Maternatik.
    – Kelulusan Pengajian Tinggi: Lulus ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperoleh keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 (67.5%) ke atas.
  7. Keperluan bidang:
    a) Kumpulan Kejuruteraan dan Sains Teknologi
    – Kejuruteraan (Automotif/Awam/Elektrik/ Elektronik/ Industri/Kimia/Komputer/Aeronautikal/ Mekanikal).
    – Sains Komputer (Sains Komputer/Teknologi Maklumat/ Teknologi Web/Software Engineering/Pengkomputeran Netsentrik/ Rangkaian Komputer).
    – Sains Seni Bina (Arkitek/Lanskap/Ukur Bangunan/ Pereka Bentuk Dalaman).
    – Sains (Sains Explosive/Kimia/Sains Nautika/Teknologi Maritim/Sains Forensik/Teknologi Makanan/Sains Sukan/Sains Logistik).
    b) Kumpulan Khas
    – Perhubungan Awam
    – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Hospitaliti/ Kulinari/Makanan/Pengurusan Hotel & Pelancongan).
    – Pendidikan (Teaching English as a Second Language (TESL)/ Sains/ Matematik/ Kaunseling/ Psikologi)
    – Pengajian Islam (Tahfiz Al-Quran & Qiraat/ Aqidah & Falsafah/Usuluddin).
    – Undang-Undang.
    c) Kumpulan pengurusan
    – Pengurusan (Pengangkutan/ Pentadbiran/ Perniagaan/Sumber Manusia/Sains Pengurusan/Pentadbiran Perniagaan Kewangan/ Strategi dan Pengurusan Pertahanan).
  8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): kelulusan dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan Akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang https://www2.mqa.gov.my/esisraf atau https://www2.mqa.gov.my/mqr.
  9. Temuduga: Pemohon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa.
  10. Kriteria Pemilihan: Pemohon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

Cara Memohon

Permohonan adalah secara dalam talian boleh dibuat melaui pautan iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai permohonan Pegawai Kadet ATM 2023, sila hubungi 03-40131425/1426.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.