Advertisements

Semak Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 (8 Mac 2021)

Advertisements

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

KWSP juga memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Ini bermakna, syarat kelayakan yang dikenakan bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 dimansuhkan dan pencarum yang membuat permohonan akan diberikan kelulusan automatik.

Jumlah Pengeluaran

Jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

  • Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 sehingga 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
  • Pencarum yang mempunyai simpnana lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pembayaran sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon maksimum RM10,000.

Pemansuhan Bayaran Interim

KWSP juga memaklumkan Pembayaran Interim yang dilakukan oleh KWSP sebelum ini sebanyak RM1,000 akan dimasuhkan disebabkan pemansuhan syarat dan kriteria i-Sinar bagi Kategori 2.

Ini bermakna, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mereka seperti yang dipohon.

Contoh Situasi

Bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai perkara ini, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah.

SituasiStatus Permohonan
1. Pencarum yang membuat permohonan sebelum 8 Mac:
– Menerima Bayaran Interim sebanyak RM1,000
– Status permohonan: Sedang diproses
– Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak mulai 8 Mac 2021
2. Pencarum yang membuat permohonan sebelum 8 Mac:
– Tidak menerima Bayaran Interim sebanyak RM1,000
– Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan
– Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak mulai 8 Mac 2021.

– Pencarum tidak akan menerima Bayaran Interim sebaliknya bayaran pendahuluan akan diberikan secara penuh.
3. Pencarum yang masih belum membuat permohonan– Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021 dan akan diberikan kelulusan automatik.
4. Pencarum yang mempunyai baki akaun kurang RM150 dan berumur 55 tahun dan ke atas.– Tidak layak memohon kemudahan i-Sinar.

Cara Membuat Semakan

Bagi pencarum yang ingin membuat semakan dan mengetahui tarikh pembayaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Semak Status.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
  5. Klik butang ‘Semak Status.’
  6. Keputusan status permohonan dipaparkan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.