Advertisements

Permohonan SPIS: Pembiayaan Industri Sukan Sehingga RM500,000

Advertisements

Pemain industri sukan dan rekreasi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini dialu-alukan memohon Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) daripada Bank Rakyat.

Untuk makluman, sebanyak RM20 juta diperuntukan bagi pelaksanaan skim ini menerusi pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 yang menyaksikan separuh daripada dana tersebut iaitu RM10 juta disalurkan kepada Bank Rakyat bagi membantu pengusaha industri sukan menerusi SPIS.

SPIS merupakan inisiatif usahasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyediakan pembiayaan mudah terutamanya operator/pengusaha premis komersial sukan dan rekreasi untuk bangkit semula.

Tujuan pembiayaan ini adalah sebagai modal kerja bagi menampung kos operasi perniagaan sukan atau rekreasi yang terjejas.

Oleh itu, pemain industri sukan dan rekreasi yang terjejas boleh segera memohon skim ini melalui Bank Rakyat.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah minimum pembiayaan SPIS yang ditetapkan adalah sebanyak RM20,000.00.

Manakala jumlah maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM500,000.00.

Tempoh & Kadar Pembiayaan

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium sehingga 9 bulan.

Kadar pembiayaan yang ditetapkan menerusi SPIS adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon pembiayaan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri sukan yang terjejas oleh wabak COVID-19.
  2. Perniagaan mestilah syarikat dan institusi milik Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan usahawan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  3. Perniagaan yang dijalankan mestilah patuh Syariah.
  4. Perniagaan yang dijalankan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
  5. Pemohon tiada rekod kebankrapan.
  6. Rekod CCRIS pemohon yang mempunyai tunggakan tidak melebihi daripada 3 bulan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat.
  2. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.
  3. Isi borang yang diperolehi dengan lengkap dan betul.
  4. Serahkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada kakitangan Bank Rakyat yang bertugas.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Penyata bank untuk tempoh 6 bulan.
  2. Rekod jualan (jika berkenaan).
  3. Penyata kewangan yang telah diaudit atau penyata pengurusan bagi tahun 2019 atau 2020 atau 2021 (jika berkenaan).
  4. Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh bank.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai SPIS, sila hubungi pusat panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau melayari laman web https://www.bankrakyat.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.