Advertisements

Permohonan Geran Kewangan Program & Aktiviti Pelancongan Selangor

Advertisements

Industri pelancongan di Negeri Selangor kini boleh memohon Geran Bantuan Kewangan Program dan Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

Dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.55 juta untuk industri pelancongan Negeri Selangor khusus bagi menangani impak pandemik COVID-19.

Salah satu insentif yang terkandung dalam pakej ini adalah Geran Bantuan Kewangan Program dan Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor yang melibatkan peruntukan RM1 juta.

Pelaksanaan inisitiaf ini diharap mampu untuk memulihkan dan merancakkan semula industri pelancongan di Negeri Selangor.

Pemohon yang berminat untuk memohon geran ini boleh membuat permohonan menerusi pautan Google Form yang boleh diakses bermula 23 September hingga 31 Disember 2021.

Mengenai Geran Bantuan Kewangan Program & Aktiviti Pelancongan Selangor

Geran Bantuan Kewangan Program dan Aktiviti Pelancongan Selangor merupakan salah satu daripada 4 inisiatif Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 untuk memulih dan menggalakkan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor yang terkesan akibat COVID-19.

Matlamat utama geran ini diwujudkan adalah bagi memberi peluang kepada penggiat industri pelancongan yang layak di Negeri Selangor untuk menganjurkan atau menyertai program/aktiviti pelancongan yang mempromosikan industri pelancongan negeri.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jumlah Pembiayaan Geran

Geran ini dilaksanakan melalui kaedah pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance).

Jumlah pembiayaan geran adalah berdasarkan kepada 1 penyertaan atau pelaksanaan, iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ayau mengikut kelayakan maksimum RM20,000.00 yang mana lebih rendah.

Program/Aktiviti Pelancongan Layak Memohon

Program atau aktiviti pelancongan yang layak untuk memohon geran ini adalah:

  • Pameran Pelancongan.
  • Acara Pelancongan MICE.
  • Program Familiarization (FAM) Trip.
  • Misi Jualan.
  • Sebarang pengisian lain yang bersesuaian bagi merancakkan semula sektor pelancongan Negeri Selangor.

Organisasi Layak Memohon

Organisasi yang layak memohon geran ini adalah seperti berikut:

  • Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor yang berdaftar dan diiktiraf di Malaysia, Syarikat Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Negeri Selangor yang berdaftar dan dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
  • Pengusaha Homestay di Negeri Selangor yang berlesen dan berdaftar di bawah pihak MOTAC.
  • Pengusaha dalam sektor pelancongan MICE yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.
  • Hos Komuniti yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.
  • Persatuan Komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar di Negeri Selangor.

Persatuan atau agensi yang tidak layak memohon geran ini adalah seperti berikut:

  • Badan Badan Kerajaan.
  • Badan Pelancongan Negeri.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Anak Syarikat Kerajaaan Negeri.
  • Pemohon telah menerima subsidi/tajaan dari agensi lain untuk menjalankan program tersebut.

Cara Memohon

Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan pendaftaran Google Form iaitu https://forms.gle/cWozpesQjw6Z86Yo9 atau mengimbas QR code menerusi gambar di bawah.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ di setiap akhir paparan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang DIperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Sijil pendaftaran SSM
  2. Pengesahan penganjuran/penyertaan program (jika berkaitan)
  3. Kertas kerja penganjuran/penyertaan program
    – Latar belakang program
    – Maklumat penganjuran/penyertaan program
    – Itenerari program/lawatan
    – Implikasi kewangan (keseluruhan)
    – Penganjuran/penyertaan program
    – Jumlah permohonan geran
    – Pengalaman penganjuran/penyertaan

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang penyertaan mengenai geran ini, sila hubungi pihak berikut:

Urusetia Geran Bantuan Kita Selangor,
Tourism Selangor Sdn. Bhd,
Lot P7, Jalan Indah 14/12, Sekyesn 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No Telefon: 03-5513 2000
Email: [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements