Advertisements

BPR Fasa 3: Semakan Tarikh & Jumlah Pembayaran

Advertisements

Orang ramai yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) termasuk Rayuan BPR bakal menerima pembayaran Fasa 3 mulai 28 September 2021.

Untuk makluman, pembayran BPR Fasa 3 adalah melibatkan penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima bagi meringankan beban mereka yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bayaran BPR Fasa 3 akan memanfaatkan penerima BPR sedia ada dan Rayuan BPR seramai 3.6 juta penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM2.82 bilion.

Secara keseluruhannya, BPR telah memanfaatkan sebanyak 8.5 juta penerima melalui peruntukan sebanyak RM9.6 bilion pada tahun 2021.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan di portal BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mengetahui jumlah keseluruhan pembayaran BPR yang akan diterima.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran bagi BPR Fasa 3 akan dilakukan mengikut jenis penerima berikut:

Jenis PenerimaTarikh Pembayaran
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR28 hingga 30 September 2021
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)Mulai 28 September 2021

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jumlah Pembayaran BPR

Jumlah pembayaran BPR Fasa 3 akan dibayar mengikut kategori penerima iaitu:

Kategori PenerimaJumlah Pembayaran
Penerima sedia adaRM100-RM1,400
Penerima Rayuan BPRRM450-RM2,300

Cara Pembayaran

Cara bayaran akan diberikan mengikut jenis penerima yang berikut:

Jenis PenerimaCara Pembayaran
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPRTerus dikreditkan ke akaun bank
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Semakan Status & Jumlah Pembayaran

Bagi orang ramai yang ingin menyemak status dan ingin mengetahui jumlah pembayaran keseluruhan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran dan jumlah pembayaran keseluruhan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Fasa 3, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.