Advertisements

Permohonan Dana Kreatif [email protected] Sehingga RM10,000

Advertisements

Para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif di Negeri Perak kini boleh memohon bantuan yang disediakan melalui Dana Kreatif [email protected]

Dana Kreatif [email protected] merupakan skim bantuan seni yang sistematik bagi menyokong para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif di Negeri Perak.

Tujuan utama dana ini diwujudkan adalah untuk menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni di negeri tersebut.

Bagi pemohon yang berminat, mereka perlu menghantar proposal permohonan sebelum 26 Disember 2021.

Objektif Dana

Terdapat 3 objektif utama Dana Kreatif Pe[email protected] diperkenalkan iaitu:

  • Meluaskan penciptaan karya dalam dalam bidang seni dan kreativiti.
  • Meringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel, dan forum di dalam dan luar negara.
  • Membantu menaikkan nama negeri Perak ke peringkat nasional, serantau ataupun antarabangsa.

Jumlah Dana

Jumlah dana yang disediakan bagi Dana Kreatif [email protected] adalah berjumlah RM2,000 hingga RM10,000.

Pembiayaan dana ini akan diberikan melalui 3 peringkat iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • 40% pertama: Selepas menandatangani kontrak.
  • 40% kedua: Selepas laporan perkembangan gerak kerja dihantar ke Port dan diluluskan.
  • 20% terakhir: Selepas laporan akhir dan bahan dokumentasi (foto dan video) program diserahkan kepada Port.

Kategori Dana

Terdapat 3 kategori dana yang disediakan iaitu:

i) Seni Visual

  • Seni halus
  • Seni fotografi
  • Seni mural/graffiti
  • Fesyen
  • Kartun/komik
  • Seni video
  • Filem pendek
  • Kraftangan
  • Seramik

ii) Seni Persembahan

  • Tarian
  • Teater
  • Puisidra
  • Monolog
  • Drama
  • Mime
  • Puppetry

iii) Seni Muzik

  • Eksperimental
  • Independen
  • Brass Band
  • Nasyid
  • Buskers

Syarat Permohonan

Untuk memohon dana ini, pemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan:

  1. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Negeri Perak (termasuk yang mempunyai bapa kelahiran Perak).
  2. Bagi pemohon yang bukan kelahiran Negeri Perak, mereka mestilah sudah bermastautin di negeri tersebut lebih 5 tahun.
  3. Had umur pemohon adalah 18 hingga 50 tahun.
  4. Keutamaan diberikan kepada proposal yang khusus memberi manfaat dan impak kepada kolektif, kumpulan, mahupun persatuan ataupun kepada khalayak awam secara amnya.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan portfolio atau CV lengkap untuk membuktikan penglibatan mereka di dalam bidang seni dan kreatif selama 3 tahun.
  6. Setiap proposal yang dihantar mestilah dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sahaja.
  7. Logo Dana Kreatif [email protected] atau Port wajib dipaparkan di dalam semua bentuk cetakan atau promosi projek.
  8. Setiap proposal akan dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penasihat yang dilantik khas.
  9. Semua projek atau program yang dijalankan wajib diselesaikan selewat-lewatnya 30 November 2022.

Cara Memohon

Pemohon perlu menyediakan satu proposal permohonan yang perlu dihantar kepada pihak Port.

Proposal tersebut mestilah dihantar melalui email iaitu [email protected] atau melalui pos ke alamat:

Port (Kampung Karyawan Amanjaya)
Kampung Karyawan Amanjaya Sdn Bhd,
No. 9, Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Dayana Khalid di talian 05-2412287.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.