Advertisements

Anakku Sejahtera: Insentif Kelahiran Simpanan RM100 SSPN Kedah

Advertisements

Bagi ibu bapa di Negeri Kedah yang baru sahaja mendapat cahaya mata, Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelahiran sebanyak RM100 kepada akaun Simpan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir dalam tahun 2021.

Program Anakku Sejahtera diwujudkan sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk membasmi dan mengeluarkan rakyat negeri tersebut daripada belenggu kemiskinan menerusi bantuan dalam bentuk tabungan pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Menerusi program ini, ibu bapa yang mendaftar anak baru dilahirkan di Negeri Kedah daripada 1 Januari hingga 31 Disember 2021 akan layak mendapat simpanan RM100 ke dalam akaun Simpan SSPN Prime anak mereka.

Selain Kedah, terdapat 4 negeri lain yang melaksanakan program berbentuk insentif kelahiran ini hasil kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Terengganu, Johor, Perak, dan Melaka.

Simpan SSPN Prime

Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenalai sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Tujuan produk simpanan jangka panjang diwujudkan adalah untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.

Ibu bapa yang membuka akaun Simpan SSPN Prime akan menerima manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Syarat Permohonan

Bagi ibu bapa yang ingin memohon Program Anakku Sejahtera ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Bayi mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah.
  2. Ibu atau bapa lahir di Negeri Kedah melebihi 10 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah mestilah RM3,000 sebulan dan ke bawah.
  4. Anak tersebut mestilah lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Buka akaun Simpan SSPN Prime terlebh dahulu.
  2. Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat (lokasi pejabat boleh dirujuk melalui pautan ini https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/locations&map_type=06&id=ZnAyVEdsbHNoSmw4VHVkQ2UzdDlqQT09).
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar semula ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.

Cara Membuka Akaun Simpan SSPN Prime

Ibu bapa boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime secara online melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://sspniplus2u.my/index.php/sspn-prime.
  2. Klik butang ‘Pembukaan Akaun SSPN Prime.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Selepas membuat penghantaran, buat pembayaran untuk melengkapkan pendaftaran.
  5. Perndaftaran berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Anakku Sejahtera, sila rujuk ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dalam Negeri Kedah yang berhampiran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.