Mahasiswa Negeri Selangor yang sedang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA, ILKA, IPTS dan ILKS kini boleh membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi daripada Lembaga Zakat Selangor.
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi merupakan bantuan yang diberikan kepada mahasiswa anak Negeri Selangor dalam kalangan asnaf fakir, miskin, dan mualaf yang menyambung pengajian di IPT terpilih.
Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk membantu mahasiswa asnaf untuk meneruskan pengajian mereka dan menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan bantuan ini perlu dibuat melalui Portal Pendidikan yang diwujukan oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi pautan https://pendidikan.zakatselangor.com.my/.
Bantuan Disediakan
Menerusi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi, mahasiswa asnaf yang layak akan menerima bantuan-bantuan berikut:
- Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
- Bantuan Persediaan Masuk IPT
- Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) yang merangkumi:
– Wang saku
– Penginapan
– Elaun buku
Senarai IPT
Mahasiswa yang sedang menyambung pelajaran ke IPT berikut layak untuk memohon:
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Bagi IPTS, senarai IPTS yang layak memohon adalah seperti berikut:
- AMU-Asia Metropolitan University
- Asia Pasific University of Technology & Innovation (APU)
- GMI- German Malaysia Institute
- KUIS-Kolej Universiti Islam Selangor
- MAHSA University
- MMU-Multimedia University
- MSU College
- MSU-Management and Science University
- SAITO University College
- SEGi College Subang Jaya
- UNISEL-Universiti Selangor
- UNITEN- Universiti Tenaga Nasional
- UTP- Universiti Teknologi Petronas
- VISION College
Untuk ILKS, senarai ILKS yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Azmida Technical College
- Enter Coridor Training Centre
- Five Best Skill Training Sdn Bhd
- Inpens International College
- KBI Caltech
- Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills
- MFA College
- Miraj Academy
- Pusat Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan
Manakala untuk ILKA pula, senarai ILKA yang layak memohon adalah:
- ADTEC-Pusat Latihan Teknologi Tinggi
- CIAST-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan
- IKBN-Institut Kemahiran Belia Negara
- ILP-Institut Latihan Perindustrian
- Institut Kemahiran Baitulmal MAWIP
- GIAT-Giatmara/Pusat Giatmara
- KKTM-Kolej Kemahiran Tinggi Mara
- IKM-Institut Kemahiran Mara
- Kolej Komuniti
- Kolej Vokasional
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:
- Pemohon berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
- Pemohon mendapat tawaran pengajian di IPTA, IPTS, ILKA, dan ILKS yang disenaraikan.
- Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
- Bagi pemohon IPTS, hanya tahun 1 sesi 2021 layak memohon manakala pemohon LKS, hanya tahap 1 atau 2 layak untuk memohon.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.
- Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’
- Untuk pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
- Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
- Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang ‘Masuk.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
- Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.
- Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semuanya selesai.
- Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.
- Jika permohonan berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.
Dokumen Yang DIperlukan
Dokumen berikut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:
- Surat Tawaran
- Penyata Akaun Bank
- Struktur Yuran Pengajian
Pertanyaan Lanjut
Segala pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi talian Zakat Selangor ditalian 1-300-88-4343