Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan pakej pelancongan terbaharu khusus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan iaitu Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, program yang dilaksanakan melalui Tourism Malaysia mendapat kerjasama daripada badan lain seperti Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.
Tujuan utama Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pelancongan domestik dalam kalangan pelancong daripada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Pakej pelancongan ini adalah kesinambungan Pakej Istimewa Penjawat Awam yang sebelum ini dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.
Pakej Pelancongan Ditawarkan
Penjawat awam dan pesara kerajaan yang berminat boleh segera mendapatkan pakej ini dan tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022.
Sebanyak 457 pakej pelancongan ditawarkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia menerusi Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
Tawaran harga pakej yang ditawarkan adalah serendah RM120 seorang.
Lokasi Pelancongan
Antara lokasi pelancongan yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah seperti berikut:
- Putrajaya
- I-City Shah Alam
- Genting Highland
- Sky Bridge KLCC
- Sky Mirror Kuala Selangor
- Taman Negara Endau Rompin
- Taman Negara Mulu
- Royal Belum
- Kilim Geoforest Park
- Danum Valley
- Wakaf Che Yeh
- Taman Tamadun Islam.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon tersebut mestilah penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat di dalam kerajaan.
Cara Mendapatkan Pakej
Penjawat awam dan pesara kerajaan yang ingin mendapatkan pakej pelancongan ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.
- Klik butang #pakejcutipenjawatawam.
- Klik pakej pelancongan yang dipilih.
- Berhubung terus melalui panggilan telefon agensi pelancongan yang menawarkan tawaran tersebut.
- Nyatakan untuk mendapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
- Berikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pakej pelancongan terbabit.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan, sila layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.