Advertisements

Wanita Bangkit@KPWKM: Latihan & Peluang Keusahawanan Wanita

Wanita di Malaysia yang berminat untuk bangkit dalam menceburi bidang keusahawanan, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperkenalkan inisiatif terbaharu iaitu Wanita Bangkit@KPWKM.

Wanita Bangkit@KPWKM dilaksanakan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk membantu golongan wanita khususnya mereka yang diberhentikan kerja dan kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif ini membantu golongan wanita menjana pendapatan melalui pengukuhan sistem sokongan terutamanya dalam bidang ekonomi dan juga menghubungkan wanita dengan peluang pekerjaan yang ada (sektor formal) serta mendedahkan dan menghubungkan wanita kepada peluang perniagaan dan keusahawanan (sektor informal).

Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM akan menyediakan pelan pemerkasaan diri yang komprehensif agar golongan wanita dilatih, dibimbing serta diberikan peluang pekerjaan dan kerjaya agar mampu menjadi ‘role model’ kepada keluarga dan masyarakat.

Tarikh Pelaksanaan

Wanita Bangkit@KPWKM telah dilaksanakan mulai 1 September 2021 yang lalu.

Sehingga 31 Oktober 2021, inisiatif ini telah membantu seramai 1,744 wanita mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan mereka.

Latihan & Peluang Keusahawanan

Inisiatif ini menawarkan latihan dan peluang keusahawanan yang boleh disertai oleh para wanita untuk kembali bangkit dalam menceburi bidang keusahawanan.

Terdapat beberapa latihan dan peluang keusahawanan yang ditawarkan melalui rakan strategik KPWKM.

Rakan Strategik

Pelaksanaan inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM akan melibatkan beberapa rakan strategik iaitu:

  • Syukor Dagang Sdn. Bhd
  • RichWorks International Sdn. Bhd
  • HEYHO Sdn. Bhd
  • DSAB Holdings Sdn. Bhd
  • UniKL Resources Sdn. Bhd
  • Leong Hup International Berhad
  • MITVANA Asia
  • MamaCare
  • MyKasih Capital
  • TalentCorp. Malaysia
  • PERKESO
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • INSKEN
  • Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
  • TEKUN Nasional

Cara Menyertai

Wanita yang berminat untuk menyertai latihan atau peluang keusahawanan yang ditawarkan melalui rakan strategik KPWKM boleh membuat demikian melalui langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.kpwkm.gov.my/WanitaBangkit/.
  2. Klik pada butang logo rakan strategik untuk mendapatkan maklumat penyertaan.
  3. Daftar penyertaan jika berminat dengan mengisi maklumat permohonan.
  4. Pihak rakan strategik akan menghubungi pemohon yang telah membuat permohonan untuk proses lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Wanita Bangkit@KPWKM, sila layari laman web https://www.kpwkm.gov.my/WanitaBangkit/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.