Advertisements

Baucar Buku Semarak Membaca MOTAC: Diskaun RM10 Pembelian Buku

Advertisements

Orang ramai kini boleh mendapatkan diskaun sebanyak bagi pembelian e-book menerusi Baucar Buku Semarak Membaca yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Untuk makluman, Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh MOTAC melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk membeli buku di 167 kedai buku terpilih dari seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini. 

Diskaun pembelian buku ini berkuatkuasa mulai 21 Oktober hingga 15 November 2021.

Objektif Inisiatif

Terdapat 3 objektif utama pelaksanaan Baucar Buku Semarak Membaca iaitu:

  • Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
  • Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
  • Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

Jumlah Diskaun

Orang ramai yang membeli buku dari 167 kedai buku terpilih akan mendapat diskaun sebanyak RM10.00.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Diskaun tersebut hanya layak diberikan menerusi pembelian buku-buku terbitan tempatan bernilai sekurang-kurangnya RM20.00 daripada kedai-kedai buku tersebut.

Kedai Buku Terpilih

Diskaun tersebut boleh diperoleh di 167 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program ini.

Senarai kedai buku yang mengambil bahagian tersebut boleh disemak melalui pautan berikut https://semarakmembaca.com/2021/10/18/dapatkan-diskaun-rm10-00-daripada-kedai-kedai-buku-ini/.

Cara Mendapatkan Diskaun

Orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun pembelian buku boleh terus berkunjung ke 167 kedai tersebut sebelum 15 November 2021.

Daftar u-Pustaka

Inisiatif ini juga melibatkan kempen pendaftaran u-Pustaka iaitu perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Menerusi u-Pustaka, ahli yang berdaftar boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital serta boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.

Selain itu, u-Pustaka juga turut menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

Pendaftaran ahli boleh dibuat melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://semarakmembaca.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements