Advertisements

Permohonan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan

Bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 dalam kalangan pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan satu program iaitu Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan.

Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan ialah program yang dijalankan untuk memberikan kemudahan kepada para majikan untuk menjalankan saringan COVID-19 dalam kalangan pekerja susulan pembukaan semula sektor ekonomi dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi program ini, majikan akan diberikan lebih banyak kemudahan dalam menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja mereka menerusi pembekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen.

Oleh itu, majikan boleh membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan melalui program ini mulai 6 September 2021.

Pelaksanaan Program

Menerusi program ini, PERKESO akan membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan untuk saringan dilakukan kepada pekerja yang mencarum dengan PERKESO.

Pihak majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik yang dipilih oleh majikan sendiri dan kos perkhidmatan bagi ujian saringan perlu ditanggung oleh pihak majikan.

Selain itu, PERKESO akan turut membekalkan kit ujian COVID-19 kendiri (self-test COVID-19 test kit) dan majikan boleh membuat pilihan jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen yang dijalankan secara profesional oleh klinik atau Self-Test COVID-19 Test Kit yang boleh dijalankan secara kendiri. 

Kit ujian tersebut akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi majikan yang ingin memohon program ini ialah majikan tersebut perlulah aktif mencarum dengan PERKESO di mana semua pekerja termasuk pekerja asing adalah layak berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, majikan boleh mendaftar menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://psp.perkeso.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Majikan.’
  3. Klik pada menu ‘Account Registration’ untuk mendaftar akaun.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  5. Login dengan memasukkan username dan kata laluan yang didaftarkan sehingga lengkap.

Soalan Lazim

Sekiranya majikan telah memohon atau menerima Kit Ujian RTK Antigen IVD (Test by doctors) melalui program ini, adakah majikan dibenarkan untuk memohon COVID-19 Rapid Test Kit Antigen Self-Test (Saliva)?

Permohonan bagi kit ujian hanya dibenarkan sekali sahaja untuk satu kod majikan. Jika majikan telah membuat permohonan atau menerima kit ujian COVID-19 Rapid Test Kit Antigen IVD (Test by doctors) tersebut, majikan tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran kit ujian.

Adakah kit ujian hanya akan dibekalkan untuk pekerja yang mencarum dengan PERKESO sahaja?

Ya. PERKESO akan membekalkan kit ujian kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO di bawah kod majikan masing-masing. Bilangan pekerja yang layak akan ditentukan berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO. Oleh itu, majikan bertanggungjawab untuk memastikan senarai pekerja dan caruman dalam Portal ASSIST PERKESO telah dikemaskini bagi melancarkan proses tempahan kit ujian

Adakah pekerja yang pernah menjalani saringan melalui program saringan COVID-19 PERKESO layak untuk menerima kit ujian di bawah program ini?

Pekerja yang pernah menjalani saringan di bawah mana-mana Program Saringan COVID-19 PERKESO seperti Program Saringan Prihatin (PSP) dan Program Saringan COVID-19 Pekerja Asing (PSPA) sebelum ini adalah masih layak untuk menerima kit ujian di bawah program ini.

Berapa lamakah tempoh penghantaran kit ujian akan dihantar kepada majikan?

Penghantaran kit ujian akan dibuat dalam tempoh sehingga 10 hari daripada tarikh permohonan oleh majikan. Oleh itu, majikan hendaklah merancang ujian saringan sebelum tempahan kit ujian dibuat.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, majikan juga boleh menghubungi PERKESO melalui talian 03-4264 5089 atau 1-300-22-8000 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.