Mahasiswa di Wilayah Persekutuan yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi pengajian dalam negara.
Untuk makluman, biasiswa ini ditawarkan kepada mahasiswa yang telah mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2021/2022.
Bantuan biasiswa ini diharap mampu membantu para mahasiswa untuk meneruskan pengajian mereka dan seterusnya berjaya dalam pengajian dengan mendapat keputusan yang cemerlang.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 29 Oktober 2021.
Universiti Awam Yang Ditaja
Mahasiswa yang mendapat tawaran di Universiti Awam berikut layak untuk memohon biasiswa ini:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Bidang Pengajian & Kursus Yang Layak Memohon
Bidang pengajian dan kursus yang diambil oleh pemohon dalam senarai berikut layak untuk memohon:
Bidang Pengajian | Kursus |
Klinikal dan Kesihatan | Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan. |
Sastera | Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan. |
Sains Sosial | Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan. |
Kejuruteraan | Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan. |
Syarat Umum
Pemohon yang ingin membuat permohonan biasiswa ini perlu memenuhi syarat umum iaitu:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
- Pemohon mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
- Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2021/2022) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
- Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
- Pemohon menyambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:
- Permohonan mestilah di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pemohon lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am; atau
- Memperolehi Mumtaz bagi keputusan keseluruhan dalam Siijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020; atau
- Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2020/2021 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.
Pemohon Yang Tidak Layak Memohon
Pemohon yang dalam senarai kategori berikut tidak layak untuk membuat permohonan iaitu:
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/Asasi/Pra-universiti/A-Level/O-Level atau yang setara.
- Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma/Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas.
- Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
- Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/54-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara?fbclid=IwAR2XDJGNZezLAQkPkwjoKrk0ofMR6nnkoEE7fvjw8luModfHzrM5HIY-zJ0.
- Di bahagian Borang Bantual Baitulmal, klik butang ‘Download.’
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke:
– Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA); atau
– Cawangan WP Putrajaya (bagi pemastautin WP Putrajaya); atau
– Cawangan WP Labuan (bagi pemastautin WP Labuan)
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan berikut perlu disediakan dan dihantar oleh pemohon iaitu:
- Satu keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih (menutup aurat bagi wanita).
- Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar.
- Satu salinan kad pengenalan suami/ayah,isteri/ibu dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah
berkahwin/bekerja). - Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini suami/ayah dan isteri/ibu/pengesahan pendapatan suami/ ayah dan isteri/ibu yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja).
- Satu salinan surat perakuan nikah.
- Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/ pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) terkini.
- Satu salinan siji peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh & Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
- Satu Salinan sijil kematian ibu/ bapa/ suami/isteri.
- Satu salinan kad memeluk Islam.
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tangguangan.
- Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.
- Satu salinan bil utiliti/cukai pintu terkini.
- Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohoanan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
- Satu salinan Pengesahan Pengajian/Kad Pelajar/Surat Tawaran bagi tangguangan yang belajar di IPT.
- Satu salinan buku akaun bank pelajar (kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank).
- Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan Biasiswa Baitulmal MAIWP ini, sila hubungi (Unit Pembangunan Akademik-IPTL di talian: 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 atau 011-6334 1773.