Para usahawan di Wilayah Persekutuan kini boleh memohon bantuan perniagaan menerusi Musa’adah Tijariyyah 2.0 di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Untuk makluman, Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0 adalah bantuan yang disalurkan oleh MAIWP kepada usahawan yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan.
Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini merupakan bantuan kali kedua ditawarkan oleh MAIWP sejak kali pertama diperkenalkan pada Mac 2021.
Oleh itu, usahawan yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh membuat permohonan daripada 16 Oktober sehingga 30 Oktober 2021.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi bantuan ini adalah RM3,000 dalam bentuk modal pusingan.
Perniagaan Yang Dibenarkan
Jenis perniagaan yang layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Makanan dan minuman.
- Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah).
- Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan).
- Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.
Lokasi Perniagaan Yang Dibenarkan
Selain jenis perniagaan, kelulusan juga bergantung kepada lokasi perniagaan yang dibenarkan:
- Premis perniagaan boleh samada di dalam/luar Wilayah Persekutuan.
- Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
– Perniagaan bergerak.
– Premis berada di kawasan Lembah Klang/Kuala Lumpur/Selangor.
– Pelatih/penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Menjalankan aktiviti perniagaan sepenuh masa dengan melakukan pengisytiharan melalui akuan sumpah.
- Perniagaan berdaftar sekurang-kurangnya 2 bulan dari tempoh permohonan dan SSM masih aktif.
- Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari Tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/84-garis-panduan-permohonan-program-musa-adah-tijariyyah-2-0-baitulmal-maiwp?fbclid=IwAR0XFm_tr92_tmaSrqjpYwxwql7cyduf8vtLJ_SwC7p4EYi5l2MR218ld9o.
- Muat turun borang permohonan yang telah disediakan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan kepada:
– Pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP.
– MAIWP cawangan Putrajaya dan Labuan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan pasangan.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan.
- Satu Salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti Tempat Tinggal Terkini
- Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
- Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertayaan lanjut mengenai Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0, sila hubungi pihak MAIWP di talian 019-224 2752.