Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa MAIJ (Pelajar Mesir & Jordan)

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan Skim Bantuan Dermasiswa 2021 bagi pelajar anak Negeri Johor yang sedang belajar di universiti Mesir dan Jordan.

Untuk makluman, Skim Bantuan Dermasiswa MAIJ bagi pelajar di Mesir dan Jordan ini diberikan bagi membantu para pelajar anak Negeri Johor yang sedang belajar di sana untuk meneruskan pengajian mereka.

Oleh itu, pelajar Negeri Johor yang sedang menyambung pengajian di Mesir dan Jordan adalah dialu-alukan memohon dan tarikh permohonan dibuka mulai 20 Oktober sehingga 21 November 2021.

Kursus Layak Memohon

Pelajar yang sedang menyambung pengajian dalam kursus berikut layak untuk memohon:

i) Pengajian universiti di Mesir

  • Syariah dan Undang-Undang,
  • Usuluddin
  • Dakwah
  • Pengajian dan Bahasa Arab
  • Ulum Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat

ii) Pengajian universiti di Jordan

  • Pengajian Islam Syariah
  • Usuluddin
  • Tahfiz
  • Ekonomi Islam
  • Bahasa Arab

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

i) Kursus selain daripada Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat bagi universiti di Mesir.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini.
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini dan sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid (dikecualikan bagi Ulum Islamiah).
  5. Lulus dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al Azhar (Imtihan Qabul) atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah).
  6. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor) dan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Johor Mesir (MTPAJM).
  7. Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  8. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

ii) Kursus Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat bagi universiti di Mesir.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini.
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini dan sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  4. Mempunyai Diploma Tahfiz Al Quran Dan Al Qiraat daripada MARSAH atau Darul Quran JAKIM.
  5. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor) dan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Johor Mesir (MTPAJM).
  6. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

iii) Semua kurus pengajian yang layak bagi universiti di Jordan.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini.
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini dan sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A atau lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  5. Pelajar yang telah berada di tahun ketiga pengajian (bagi pelajar lepasan MARSAH) dan tahun keempat pengajian (bagi pelajar persendirian).
  6. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Education Malaysia Jordan melalui Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ)
  7. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  8. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan http://www.maij.gov.my/muat_turun/bantuan/Borang_SkimBantuanDermasiswa_MAIJ.pdf.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]
  5. Salinan hardcopy hendaklah diserahkan kepada Pegawai Atase sebelum 20 November 2021.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Dermasiswa MAIJ ini, sila hubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran) MAIJ di talian 07-2282935 07- 2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.