Advertisements

URUS: Bantuan Sokongan Pengurusan & Ketahanan Kewangan B50

Advertisements

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk memperkenalkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) yang menawarkan bantuan sokongan kewangan jangka panjang bagi mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk makluman, URUS merupakan pakej bantuan sokongan kepada pelanggan B50 yang layak bagi meringankan masalah kewangan akibat daripada pandemik COVID-19 dan memberikan sokongan menyeluruh untuk ketahanan kewangan jangka panjang.

Menerusi URUS, pakej ini akan menawarkan sokongan pembangunan dan bantuan bayaran balik pinjaman, termasuk pelan kewangan mengikut individu (personalised financial plans), program pendidikan kewangan dan saluran untuk menambah pendapatan serta mendapatkan sokongan pembangunan lain melalui rujukan pada Rangkaian Sinergi Sosial AKPK.

Pemohon yang layak boleh membuat permohonan melalui salah satu bank yang terlibat daripada 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Bantuan Yang Ditawarkan

Pemohon B50 yang layak menerusi pakej ini akan menerimaPelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah bulanan bagi bayaran balik hutang dan jadual untuk tempoh sehingga 24 bulan.

Pelan ini akan mengambil kira kesemua obligasi pemohon yang sedia ada dan jumlah pendapatan semasa yang anda boleh asingkan untuk membayar balik hutang anda selepas ditolak perbelanjaan sara hidup.

PFP akan merangkumi perkara berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pengecualian faedah selama 3 bulan.
  • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda.
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan yang mempunyai pinjaman daripada pelbagai bank hanya perlu memohon daripada salah satu daripada bank-bank tersebut.

Selanjutnya, AKPK akan mengumpulkan butiran pinjaman/ pembiayaan mereka dan membangunkan pelan bayaran balik pinjaman yang holistik dan berdaya maju untuk pelanggan yang memohon.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon B50 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang berada di bawah program bantuan bayaran balik pinjaman sedia ada (contoh: Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan semula dan penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank, dan lain-lain) setakat 30 September 2021.
  2. Pemohon yang mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880.
  3. Pemohon yang mempunyai pinjaman/pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat.
  4. Pemohon yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon URUS perlu memohon melalui
salah satu daripada bank yang menawarkan pakej ini.

Perincian permohonan akan dikongsi oleh pihak bank menghampiri tarikh 15 November 2021 nanti.

Maklumat Lanjut

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai URUS, sila layari laman web akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.