Advertisements

Permohonan SBKZC19: Bantuan Khas Zakat COVID-19 Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan bagi golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi Skim Bantuan Khas Zakat COVID-19 (SBKZC19).

Untuk pengetahuan, ZPP adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mana antara peranannya adalah mengutip dan mengagihkan zakat di Pulau Pinang.

Salah satu skim yang diperkenalkan oleh ZPP adalah SBKZC19 yang bertujuan untuk membangtu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang.

Tempoh permohonan ZBKZC19 ini dibuka adalah bermula 9 Ogos hingga 15 Ogos 2021.

Kategori Penerima

Kategori penerima yang layak untuk memohon bantuan SBKZC19 ini adalah seperti berikut:

  • Pekerja gaji harian/bulanan yang hilang pendapatan (mempunyai bukti bertulis/surat majikan dan lain-lain).
  • Pemandu teksi, e-hailing, van/bas sekolah.
  • Peniaga pasar malam/pasar tani/peniaga kecil (peniaga pasar basah/awam tidak termasuk).
  • Guru agama tanpa majikan/pendakwah bebas bertauliah.
  • Keluarga/pesakit COVID-19 (sedang dalam kuarantin).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak ZPP adalah seperti berikut iaitu:

  1. Pemohon ialah beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  3. Pemohon mestilah bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Pemohon adalah dalam kategori asnaf fakir dan miskin.
  5. Pendapatan pemohon di bawah RM2,500.00 sebulan.
  6. Pekerjaan pemohon mestilah sepenuh masa (kecuali bagi kategori keluarga/pesakit COVID-19 yang sedang dalam kuarantin).
  7. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah seperti berikut:
Status PerkahwinanKetua Keluarga
BerkahwinSuami
Bercerai hidup/matiIbu tunggal
Suami bermasalahIsteri
Ibu bapa uzur (tidak mampu
bekerja)
Anak

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan SBKZC19, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas untuk membuat permohonan.
  2. Klik butang ‘Skim Bantuan Khas COVID-19 Fasa 3.’
  3. Klik pada kategori pilihan.
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak Kelayakan Saya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Penyata akaun bank pemohon/wakil.
  3. Slip gaji/pengesahan pendapatan.
  4. Lesen PSV/permit (bagi kategori pemandu teksi, e-hailing, van/bas sekolah).
  5. Lesen/permit sewaan tapak (bagi kategori peniaga pasar malam/pasar tani/peniaga kecil).
  6. Kad/surat tauliah (bagi kategori guru agama tanpa majikan/pendakwah bebas bertauliah).
  7. Surat kuarantin KKM/MySejahtera (bagi kategori keluarga/pesakit COVID-19).
  8. Salinan kad pengenalan pasangan (jika berkenaan).
  9. Salinan kad pengenalan wakil (selain pasangan dan jika berkenaan).
  10. Surat kebenaran akaun wakil (wajib disertakan jika mengguna akaun wakil).
  11. Dokumen sokongan tambahan (jika ada).

Semakan Permohonan

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan, sila semak permohonan melalui langkah berikut:

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas untuk membuat semakan permohonan.
  2. Klik butang ‘Semak Status Permohonan.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Semak Status.’
  5. Status permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SBKZC19, sila hubungi ZPP ditalian 04-5498088.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.