Advertisements

Permohonan Briged Muda Petani Moden Negeri Perak

Petani muda/belia tani di Negeri Perak dialu-alukan untuk memohon Briged Muda Petani Moden Negeri Perak.

Briged Muda Petani Moden ini telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad pada 4 September 2022 di Lubuk Merbau sempena Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030.

Untuk makluman, program ini diwujudkan bagi membantu petani muda/belia tani mengembangkan projek pertanian mereka menerusi bantuan atau peruntukan yang disediakan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Permohonan secara talian telah dibuka mulai 27 September 2022 sehingga 11 Oktober 2022.

Pemberian Bantuan

Menerusi program ini, petani muda/belia tani akan diberikan bantuan berupa:

  • Bantuan Infrastruktur
  • Perolehan Bahan Input Pertanian
  • Kelengkapan Perolehan ICT berkaitan IOT Pertanian

Syarat & Kriteria

Syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi program ini adalah seperti:

  1. Terbuka kepada petani muda di Negeri Perak.
  2. Permohonan dibuka kepada pemohon dibawah lingkungan 40 tahun dan ke bawah (tahun kelahiran 1983 dan ke atas).
  3. Projek sedia ada dan masih aktif.
  4. Tidak menerima sebarang peruntukan tahun semasa.
  5. Status tanah yang sah.

Syarat Skop Projek

Syarat skop projek untuk melayakkan menerima bantuan ini adalah seperti:

i) Fertigasi

  • Keluasan maksimum 0.4 hektar atau 1 ekar (2,000 polibeg)
  • Cili padi, halia, cili, melon, sayur daun dan sayur buah

ii) Konvensional

  • Keluasan maksimum 1 hektar
  • Jagung, Nanas, Betik, Ubi, Halia, Pisang, Tembikai, Sayur Daun, Sayur Buah dan Serai

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://qrco.de/bdMVkJ.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar semua dokumen dan borang permohonan ke Pejabat Pertanian Daerah atau kawasan yang berhampiran.

Permohonan pemohon yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Geran/Surat Kuasa/Surat Perjanjian

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Briged Muda Petani Moden Negeri Perak, layari laman web https://www.pertanianperak.gov.my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.