Advertisements

Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 RM200

Di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Shaarani, Kerajaan Negeri Perak menawarkan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 khusus kepada mahasiswa B40.

Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 adalah bantuan secara one-off yang disalurkan kepada mahasiswa B40 di Negeri Perak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk)

Pemberian ini diharap mampu meringankan sedikit beban mahasiswa yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian tinggi mereka.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, sila buat permohonan secara atas talian sebelum 14 Oktober 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM200 secara one-off.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Mahasiswa Anak Perak dari keluarga B40
  2. Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara.
  3. Tidak menerima Bantuan Kewangan Pendidikan dari Kerajaan Negeri/Persekutuan/Korporat.
  4. Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Anak Negeri dan beralamat di Perak.
  5. Perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan Semester terkini.
  6. Pemberian bantuan adalah terhad kepada 5,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat.
  7. Penerima Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak tahun 2022 tidak layak menerima bantuan ini.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://hestechperak.com/permohonan-bantuan-khas-mahasiswa-perak/?fbclid=IwAR0jKz-Hu5eXY6ur6G0sTLVOWrjZLH2nZtpQjODLVw63edWEHyeG1DmVwHI.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila hantar whatsapp melalui pautan http://wasap.my/60182974725/bantuankhasmahasiswaperak2022 atau http://wasap.my/60194000514/bantuankhasmahasiswaperak2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.