Advertisements

Program Penjana KPT [email protected] (KOHORT 3)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak Gradpreneur menjemput semua Graduan Lepasan Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (IPTA dan IPTS) untuk menyertai Proram Penjana KPT CAP fasa ke 3.

Program ini diadakan adalah untuk membantu graduan yang ingin menjadi usahawan, memerlukan bantuan dalam mengembangkan perniagaan dan mahu mendapatkan ilmu dalam perniagaan.

Disini dikongsikan info lanjut mengenai Program KOHORT 3 di dalam artikel ini.

Maklumat Program KOHORT 3

Program akan dijalankan selama 10 hari bermula pada :

  • Tarikh : 19 September 2022 – 28 September 2022
  • Tempat : Hotel Scholar Suites, Upsi, Tanjung Malim
  • Terhad kepada 40 orang yang terawal

Baca juga : Pendaftaran Program Upskilling For Deeptech & Future Skills Sabah

Kelebihan Program

Graduan yang menyertai program KOHORT 3 akan mendapat beberapa kelebihan daripada program ini antaranya adalah:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 10 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan

Syarat Kelayakan

Disini terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon antaranya adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Graduan Peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 – 2022 sahaja
  2. Belum mendapat pekerjaan daripada semua institusi pengajian tinggi yang berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
  3. Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  5. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
  7. Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran kini dibuka dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022, jam 5.00 petang

Cara Memohon

Untuk mendaftar Program Penjana KPT CAP (KOHORT 3) ini, sila klik di pautan https://bit.ly/YPGkohort3

Nota :

  • Link taklimat akan diberikan selepas peserta mendaftar
  • Taklimat kepada peserta akan dimaklumkan kemudian di dalam group whatsapp.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai KOHORT 3) sila hubungi :

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI) – 0122118608
  • Yayasan Perak – 05-2460227
  • PASAK – 018-297 4725

Baca juga : iBantuan Terengganu Bagi Ibu Tunggal, OKU Dan Pence Rakyat Secara One-Off

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.