Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mewujudkan satu program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Geran Agropreneur Muda.
Geran ini diwujudkan bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.
Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Baca juga: Senarai Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan Baru & Lama
Mengenai Geran Agropreneur Muda
Antara objektif geran ini diwujudkan adalah untuk:
- Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.
Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Terdapat 5 sektor utama di dalam pelaksanaan geran ini iaitu:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Makanan Dan Asas Tani
- Agroteknologi
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai geran ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
- Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis.
Selain itu, pemohon juga dikenakan syarat tambahan:
- Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi dipertimbangkan untuk dikecualikan dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
- Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
- Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
- Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
- Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan
- Projek sedia ada telah melebihi tempoh setahun beroperasi.
- Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
- Mendapat sokongan teknikal daripada jabatan/agensi pembimbing dan agensi pembiayaan.
Cara untuk Memohon
Pemohon yang layak dialu-alukan membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:
- Borang permohonan https://www.mafi.gov.my/documents/20182/485017/Lampiran+2+-+Borang+Permohonan+UAM-min.pdf/e8920b05-d213-46bb-a3b1-cf5670fe9a52
- Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap https://www.mafi.gov.my/documents/20182/485017/Lampiran+1+-+Panduan+Penyediaan+Rancangan+Perniagaan-min.pdf/8b8743b0-3bfe-4a19-8370-62ee8c78dff2
- Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Permohonan dan disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
- Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja.
- Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
- Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian.
- Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah atau Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.
Kelulusan/Penolakan
Kelulusan atau penolakan permohonan bergantung kepada perkara berikut:
- Permohonan geran beserta dokumen-dokumen yang telah lengkap dari jabatan/agensi Ibu Pejabat yang dikemukakan kepada pihak Kementerian untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu melalui dua peringkat pertimbangan iaitu Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda.
- Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda bersidang bagi menyediakan pertimbangan dan syor kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda.
- Jawatankuasa Pembangunan & Kelulusan Program Agropreneur Muda bersidang bagi membuat keputusan kelulusan atau penolakan permohonan bantuan Geran Agropreneur Muda.
- Surat Kelulusan beserta senarai spesifikasi kelulusan dan serta Borang Penilaian Sebut harga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui jabatan/agensi.
- Permohonan pembiayaan dibuat pertimbangan untuk kelulusan atau penolakan oleh Agrobank/TEKUN peringkat Ibu Pejabat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Hanya peserta yang lulus pembiayaan sahaja akan dihubungi oleh pihak Agrobank/TEKUN Nasional.
Proses Permohonan
Carta alir permohonan GAM boleh dilihat di bawah:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai geran ini, sila layari laman web https://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda