Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai yang menunggang motosikal agar tidak berada di garisan putih di jalan raya bagi mengelakkan berlakunya risiko penunggang motosikal seperti tergelincir dan hilang kawalan.
Nasihat ini dikeluarkan selepas tular video di media sosial yang menunjukkan keadaan seorang penunggang motosikal yang tidak stabil ketika dia berada di atas garisan putih di sebuah jalan raya.
Dalam video tersebut, penunggang motosikal terbabit dilihat tergelincir selepas melalui atas garisan putih yang menyebabkan beliau hilang kawalan dan tersungkur di atas jalan raya.
Pihak PDRM memberikan nasihat agar berhati-hati agar mereka tidak tergelincir dan hilang kawalan di atas jalan raya.
Fungsi Garisan Jalan
Fungsi garisan jalan adalah merupakan tanda pada permukaan turapan jalan bagi memberi panduan, amaran serta maklumat kepada pengguna jalan raya.
Garisan ini juga sebagai peranti atau bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri dari garisan memanjang dan melintang serta penanda jalan seperti simbol, anak panah, dan perkataan.
Selain itu, garisan ini juga berfungsi mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar, memberi amaran dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya.
Langkah Untuk Diambil Perhatian
Langkah-langkah untuk diambil perhatian bagi mengurangkan risiko penunggang motosikal di jalan raya adalah:
- Berhati-hati semasa melalui atas garisan putih.
- Pastikan tayar tidak botak.
- Sebaiknya elakkan daripada melalui atas garisan putih.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai risiko penunggang motosikal di atas garisan putih, sila layari Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/JSPTPDRM.