Advertisements

Diskaun Saman Trafik PDRM 50% Sempena MAHA 2022

Advertisements

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50% sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Untuk makluman, MAHA 2022 pada ketika ini sedang berlangsung sehingga 14 Ogos 2022 yang menawarkan pelbagai program dan pameran menarik berkaitan pertanian, hortikultur serta agro pelancongan.

Kali terakhir MAHA dianjurkan adalah pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 yang berjaya menarik seramai 3.3 juta orang pengunjung serta mencatatkan hasil jualan sebanyak RM215 juta.

Selain daripada program dan pameran, PDRM turut menawarkan diskaun saman trafik bagi pengunjung yang mengunjungi MAHA pada kali ini.

Jenis Saman Layak Diskaun

Semua jenis saman trafik layak untuk menerima diskaun sebanyak 50% kecuali:

  • Saman Kemalangan
  • Saman Status N/C
  • Saman Waran Tahun Semasa
  • Saman Dalam Perbicaraan
  • Saman Berkaitan Lori
  • Saman Op Selamat Tahun Semasa

Lokasi Pembayaran

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran saman di Laman Tiba 1, MAEPS, Serdang.

Kaunter pembayaran dibuka mulai 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Semak Saman

Saman trafik PDRM boleh disemak melalui kaedah berikut:

i) Melalui MyEG

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan dan jika belum, sila daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu),
  3. Pergi ke bahagian ‘e-Services.’
  4. Pilih semak saman PDRM
  5. Paparan saman akan dikeluarkan.

ii) Melalui SMS

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

Sumber: https://www.buletintv3.my/nasional/diskaun-saman-trafik-hingga-50-bermula-esok-sempena-maha-2022.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.