Advertisements

OPR Naik Kepada 2.75% & Ini Kesannya Kepada Orang Ramai

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%.

Untuk makluman, kenaikan ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut untuk tahun 2022 selepas pada kali terakhir pada September 2022 yang lalu.

Sebelum ini, kenaikan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus dan paras rekod terendah 1.75 peratus pada bulan Mac yang lalu.

Faktor Kenaikan

Faktor kenaikan itu disebabkan meskipun ekonomi global terus berkembang pada kadar sederhana, akibat tekanan kos yang semakin meningkat.

Selain itu, tekanan inflasi juga kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja yang ketat.

Ini mengakibatkan bank-bank pusat di seluruh dunia dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat.

Keadaan ini juga telah menyebabkan ketidaktentuan yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, dan memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

Kadar Inflasi

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, diunjurkan untuk berpurata lebih hampir kepada tahap tinggi dalam julat unjuran 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022.

Ini disebabkan oleh kesan asas yang semakin luput dan juga sejajar dengan harga komoditi global yang dijangka semakin menurun.

Namun, tekanan inflasi ini akan dapat dibendung dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi.

Kesan Kenaikkan

Kenaikkan OPR ini dijangka akan memberikan kesan berikut:

  • Kos pinjaman akan menjadi lebih tinggi menerusi kadar kenaikan faedah.
  • Peluang pembiayaan modal untuk individu dan perniagaan menjadi terhad.
  • Harga hartanah akan turut mengalami kesan.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/03/opr-naik-lagi-kepada-2-75-peratus/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.