Operator pengangkutan awam telah menawarkan diskaun tiket pengangkutan awam kepada rakyat yang bakal membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh pembuangan undi pada 19 November 2022.
Oleh itu, diskaun pengangkutan awam ini ditawarkan kepada orang ramai bagi memudahkan mereka untuk pulang membuang undi pada hari pembuangan undi nanti.
Kapal Terbang
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly telah mengumumkan diskaun sebanyak 30% bagi penerbangan Malaysia Airlines dan FireFly sempena PRU-15.
Pengguna akan menikmati elaun beg sebanyak 10kg melalui pembelian tiket penerbangan ini.
Diskaun tiket ini adalah sah bagi pembelian sehingga 19 November 2022 dan tarikh penerbangan adalah pada 11 November 2022 sehingga 27 November 2022.
Layari laman web https://bit.ly/3SZUFqS untuk pembelian tiket.
Bas Ekspress
Operator syarikat bas ekspress juga menawarkan diskaun seperti berikut:
i) Billion Star Express
Syarikat Bas Billion Star Express menawarkan diskaun sehingga 30% untuk perjalanan bagi PRU-15.
Ini meliputi destinasi seperti berikut:
- Penang
- Kuala Lumpur
- Melaka
- Pahang
- Johor
- Negeri Sembilan
- Lain-lain
ii) NGO
NGO Jawatankuasa KLSCAH Civil Rights, Sayangi Kinrara and Pemuda SKLHA telah menawarkan bas percuma kepada orang ramai sempena PRU-15 ini.
Tawaran bas percuma ini adalah daripada Puchong ke disetinasi seperti:
- Tangkak
- Yong Peng
- Johor Bahru
- Pontian
- Muar
- Batu Pahat
- Kuantan
- Penang
- Ipoh
- Taiping
- Alor Star
- Kota Bharu
- Kuala Terengganu
Untuk mendaftar, sila klik pautan link berikut: https://bit.ly/3sQecj7.
iii) easybook.com
Syarikat easybook.com menawarkan diskaun sehingga 15% bagi pengundi yang akan pulang mengundi pada PRU-15.
Diskaun ini adalah sah bagi pembelian sehingga 22 November 2022 dan tarikh perjalanan adalah pada 16 November 2022 sehingga 22 November 2022.
Layari pautan https://www.easybook.com/en-my dan masukkan kod promo EB15OFF.
iv) redbus
Pihak redbus telah menawarkan diskaun sehingga 50% dengan harga tiket bas bermula dari RM5.
Guna kod promo JOMUNDI untuk mendapatkan diskaun berkenaan.
Layari pautan https://www.redbus.my/ms/bas/tiket-bas-online#redBusMY.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun pengangkutan awam ini, sila layari Facebook Kementerian Pengangkutan di pautan https://web.facebook.com/motmalaysia