Orang ramai yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan teruk yang berpunca daripada jumlah kenderaan yang terlalu banyak di sekitar kawasan stadium.
Orang ramai boleh meletakkan kenderaan di parkir laluan LRT Ampang, Kelana Jaya dan Sri Petaling untuk menaiki perkhidmatan LRT menuju ke Stadium Bukit Jalil.
Senarai Kemudahan Parkir
Senarai kemudahan parkir di sepanjang laluan menuju ke Stadium Bukit Jalil boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Laluan Tren LRT Ke Stadium Bukit Jalil
Untuk ke Stadium Bukit Jalil, penumpang perlu menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya.
Stesen pertukaran untuk ke laluan tersebut adalah di Masjid Jamek dan Putra Heights.
Untuk mereka yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.
Pelanjutan Waktu Perkhidmatan LRT
Pihak Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan operasi LRT di Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi bagi memenuhi keperluan kira-kira 80,000 para penyokong.
Ini bagi memberikan keselesaan para penyokong finalis Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Penggunaan Touch ‘n Go
Para pengguna LRT dinasihatkan menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go untuk membuat pembayaran menaiki perkhidmatan tren LRT tersebut.
Mereka juga dinasihatkan membuat urusan menambah nilai terlebih dahulu sebelum tiba di stesen bagi melicinkan pergerakan.
Selain itu, mereka digalakkan menggunakan Touch ‘n Go yang sama untuk membayar pakir dan menaiki LRT bagi mendapatkan harga ‘flat rate’ berjumlah RM4 untuk bayaran pakir.