Advertisements

Program Keusahawanan Graduan MoHE x Shopee: Siswa Mall

Graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang mendapat latihan keusahawanan dan e-dagang menerusi Program MoHE x Shopee: Siswa Mall.

Program MoHE x Shopee: Siswa Mall adalah salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Penjana KPT-Career Advancement Program (KPT-CAP).

Inisiatif ini diperkenalkan dalam membantu graduan Universiti Awam tahun 2019-2022 serta pelajar semester akhir tahun 2022 untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebagai usahawan digital melalui platform perniagaan dalam talian.

Untuk makluman, program ini sebelum ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 25 November 2021 bertempat di DATC, UiTM Shah Alam.

Maklumat Program

Program ini diadakan secara percuma oleh Shopee Malaysia secara dalam talian pada hari Sabtu: 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pelaksanaan program ini merangkumi 2 modul latihan iaitu Modul Asas dan Modul Pertengahan.

i) Modul Asas

  • Persediaan Kedai Shopee.
  • Pemasaran Kedai Shopee.
  • Pengurusan kewangan dan penjualan.

ii) Modul Pertengahan

  • Kriteria Penjual Pilihan.
  • Tools untuk menambah baik prestasi Kedai Shopee anda.
  • Program untuk menambah baik prestasi Kedai Shopee anda.
  • Menambahbaik proses operasi.

Manfaat Penyertaan

Manfaat penyertaan program yang bakal dinikmati graduan adalah seperti:

  • Baucar Kedai Shopee.
  • Ad Kredit Shopee.
  • Latihan e-dagang secara percuma.
  • Bantuan pemasaran (visibility).
  • Laman Mikro Khas Siswa Mall di platform Shopee disediakan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Graduan Universiti Awam tahun 2019 sehingga tahun 2022 (graduan yang telah memperoleh skrol/tamat belajar) bagi peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana; atau
  3. Pelajar semester akhir tahun 2022.
  4. Peserta yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 produk dan akaun Shopee.
  5. Peserta yang mempunyai Kedai Shopee amatlah dialu-alukan.
  6. Peserta yang tidak pernah menyertai sebarang program di bawah PENJANA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini.

Cara Mendaftar

Pendaftaran program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan pendafataran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCNh4kWo9Oynb3rMbN9mVvmVdFKxebJ-gry2zly3IbXd-Qtw/formResponse.
  2. Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul sebelum mendaftar.
  3. Untuk graduan yang masih tiada akaun Shopee, sila daftarkan satu akaun menggunakan nombor telefon di platform seperti berikut: https://shopee.com.my/buyer/login/signup 
  4. Pemilik akaun akan menerima satu notifikasi melalui aplikasi Shopee berkenaan penyertaan kempen ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program MoHE x Shopee: Siswa Mall, layari Facebook https://www.facebook.com/MOHEOfficial,


Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.