Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor mempelawa rakyat Negeri Johor yang ingin membeli rumah boleh membeli Rumah Mampu Biaya Johor.
Untuk pengetahuan, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah mewujudkan portal eRumah Johor bagi memberikan peluang kepada rakyat Negeri Johor untuk membeli rumah pada harga dengan berpatutan.
Untuk memohon rumah ini, sila layari https://erumah.johor.gov.my/ untuk mendaftar.
Harga Rumah & Had Maksimum Pendapatan
Harga rumah dan had maksimum pendapatan adalah seperti berikut:
Jenis Rumah | Harga Rumah | Had Maksimum Pendapatan |
Rumah Mampu Biaya A | RM42,000.00 | RM4,000.00 |
Rumah Mampu Biaya B | RM80,000.00 | RM6,000.00 |
Rumah Mampu Biaya C | RM150,000.00 | RM8,000.00 |
Rumah Mampu Biaya D | RM250,000.00-RM300,000.00 | RM10,000.00 |
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon rumah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Johor selama 10 tahun serta berumur 18 tahun ke atas.
- Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun dan ke atas layak memohon rumah kedua iaitu Rumah Mampu Rakyat B.
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki Rumah Kos Sederhana/Rumah Mampu Milik/Rumah Mewah tidak layak untuk memohon.
- Pemohon/pasangan yang memiliki RKR/RKSR/ PKJA/PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D.
- Tempoh sah pendaftaran rumah adalah 2 tahun dari tarikh pendaftaran.
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Daftar permohonan di portal https://erumah.johor.gov.my/.
- Log masuk dan kemaskini dengan maklumat yang diperlukan.
- Semak permohonan rumah mengikut lokasi dan jenis yang diingini.
- Hantar permohonan anda secara online.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Rumah Mampu Biaya, sila layari https://erumah.johor.gov.my/.