Advertisements

[email protected]: Program Keusahawanan Graduan Fasa 3

Bagi anak Negeri Perak yang telah bergraduasi, Yayasan Negeri Perak membuka peluang kepada anak Negeri Perak yang terlibat dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan mereka menerusi Program [email protected]

Untuk makluman, Program [email protected] merupakan program kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu dan menggalakkan anak Negeri Perak untuk menceburi bidang perniagaan.

Program ini terbuka kepada graduan lepasan Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pemohon yang berminat menyertai program ini boleh membuat permohonan segera sebelum 31 Ogos 2022, jam 5.00 petang.

Kelebihan Program

Kelebihan yang bakal dinikmati pemohon yang memohon program ini adalah seperti berikut:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 11 hari.
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000.
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan.

Tarikh Program

Tarikh program ini akan dilaksanakan ialah pada 19 September 2022 hingga 28 September 2022

Program ini dijangka akan dijalankan di Hotel Scholar Suites, Universiti Perguruan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, Perak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon bagi menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia. Pemohon graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
  3. Pemohon mempunyai SSM/lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
  4. Graduan yang baru ingin memulakan perniagaan juga boleh memohon.
  5. Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  6. Pemohon menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  7. Perniagaan yang dijalankan pemohon adalah mematuhi undang-undang Malaysia.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://bit.ly/YPGkohort3.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan selepas semua maklumat selesai diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program [email protected], sila hubungi pihak berikut iaitu:

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI)- 012 211 8608
  • Yayasan Perak- 05 246 0227
  • PASAK – 018-297 4725

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.