Advertisements

Permohonan Bantuan Persekolahan 2022 Zakat Perak-MAIPk

Advertisements

Pihak Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Persekolahan 2022 bagi keluarga asnaf Fakir Miskin.

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan adalah sebuah skim untuk anak-anak asnaf Fakir Miskin bagi membantu mereka bagi menghadapi sesi persekolahan yang baharu.

Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan dalam bentuk kewangan yang akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak.

Pemohon boleh membuat permohon mulai 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 sahaja melalui borang permohonan yang disediakan.

Kategori Pemohon

Kategori pemohon yang layak memohon Skim Bantuan Persekolahan 2022 adalah seperti berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022.
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022.
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah.

Pelajar yang telah menerima Skim Bantuan Persekolahan 2021 tidak perlu lagi memohon kecuali 3 kategori di atas.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia/penduduk tetap.
  3. Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk daerah di seluruh Negeri Perak.

Senarai pejabat pentadbiran MAIPk daerah boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat tersebut sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Persekolahan 2022 Zakat Perak-MAIPk, layari laman web MAIPk di pautan https://www.maiamp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.