Advertisements

Permohonan Skim Bantuan Persekolahan 2021 Zakat Perak

Advertisements

Bagi keluarga di Negeri Perak yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2021, anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Oleh itu, keluarga yang tidak berkemampuan adalah digalakkan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan ini bagi memastikan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan yang sebaiknya.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi Skim Bantuan Persekolahan ini ialah anak kepada ketua isi rumah atau penjaga hang tergolong dalam asnaf:

  • Fakir
  • Miskin

Syarat Umum Skim Bantuan Persekolahan

Bagi yang ingin memohon Skim Bantuan Persekolahan ini, pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon atau penerima mestilah beragama Islam
  2. Pemohon atau penerima mestilah warganegara Malaysia atau Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  3. Pemohon atau penerima perlu bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  5. Pemohon atau penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Cara Memohon

Untuk memohon, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan Skim Bantuan Persekolahan di Pejabat Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Lokasi pejabat Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak adalah seperti berikut:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Soalan Lazim

Jika anak saya lahir di Negeri Perak tetapi sekarang kami tinggal di Negeri Selangor, adakah saya boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan ini?

Tidak. Pemohon perlulah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Perak bagi melayakkan menerima skim bantuan ini.

Saya telah menerima bantuan daripada sebuah yayasan untuk menanggung persekolahan anak saya. Adakah saya boleh memohon skim bantuan ini?

Jika bantuan tersebut masih tidak mencukupi, sila berurusan ke pejabat MAIPk.

Bagaimanakah saya ingin mengetahui had kifayah keluarga saya?

Anda boleh menghubungi atau terus ke pejabat MAIPk untuk mengetahui mengenai perkara ini.

Adakah skim bantuan ini termasuk bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang belajar di universiti?

Tidak. Skim Bantuan Persekolahan ini hanya untuk anak-anak yang masih bersekolah sahaja.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di talian 05-208 4000 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.