Bantuan Khas Penjawat Awam RM500 Dibayar 23 April 2020

Berikut adalah maklumat terkini pemberian bantuan khas penjawat awam sebanyak RM500 yang akan mula dibayar 23 April ini.

Bantuan ini diumumkan YB Perdana Menteri pada sidang Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin bersama-sama pengumuman BPN.

Bantuan ini hanya untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen sebanyak RM500.00.

Pegawai Layak

Berikut adalah senarai pegawai yang layak menerima bantuan ini:

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
  2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  3. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Selain itu, guru interim turut layak menerima bantuan khas kali ini.

Bantuan ini turut dipanjangkan kepada:

  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Bagi pegawai di bawah contract for service, surat edaran berasingan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Pekerja sambilan harian juga layak menerima bantuan ini dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pegawai Tidak Layak

Melalui rujukan pekeliling rasmi dari JPA, antara pegawai yang tidak layak menerima bantuan ini termasuklah:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020;
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020; dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.

Pegawai Yang Ditangguhkan Bantuan Khas Penjawat Awam

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 ini.

Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Pesara Kerajaan

Pesara yang memilih skim pencen akan dibayar RM500 oleh JPA.

Manakala pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak RM500.00.

Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.