Bagi mereka yang di dalam Kategori 1 dan ingin mengeluarkan caruman di dalam Akaun 1, anda boleh mula membuat permohonan i-Sinar bermula 21 Disember 2020.
Seperti yang diumumkan oleh KWSP sebelum ini, i-Sinar membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 bagi mereka yang layak.
Untuk makluman, Kategori 1 yang dimaksudkan ialah mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
Untuk mereka yang tergolong di dalam kategori ini, mereka tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk memohon tetapi hanya perlu membuat permohonan sahaja kepada KWSP.
Syarat Kelayakan Kategori 1 & 2
Bagi Kategori 1, terdapat 2 syarat kelayakan untuk pengeluaran bagi mereka yang tergolong di dalam kategori ini iaitu:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Cara Memohon
Mereka yang tergolong dalam Kategori 1 boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
- Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
- Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
- Tetapkan akaun pilihan anda.
- Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’
- Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.
Semakan Status Permohonan
Pemohon yang telah memohon pengeluaran i-Sinar di bawah Kategori 1 boleh menyemak keputusan status permohonan mereka bermula 4 Januari 2021.
Bayaran akan dibuat jika permohonan telah diluluskan dan maklumat bayaran yang dikemukakan adalah teratur.
Soalan Lazim
Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, pemohon boleh mula memohon pada 21 Disember 2020 manakala mereka yang di dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, pemohon digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun. Selain itu, pemohon mesti memastikan no. akaun yang didaftarkan milik mereka, masih aktif, dan bukan akaun bersama.
Pemohon boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021. Untuk kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon sebelum akhir bulan berikutnya atau selepas kelulusan diberi.
Pemohon tidak perlu membayar semula.
Boleh. Mereka yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/