Advertisements

Semakan Bantuan Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” MAIWP

Advertisements

Bagi asnaf yang mempunyai anak yang masih bersekolah di Wilayah Persekutuan, anda kini boleh membuat semakan bagi bantuan Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut MAIWP, jumlah keseluruhan dana zakat yang digunakan bagi Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM9.13 juta.

Seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf akan menerima bantuan ini yang melibatkan pembelian pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bantuan yang dilakukan ini adalah berkonsepkan “Pembelian tanpa perlu pembayaran” atau dengan kata lain mereka perlu penebusan di lokasi-lokasi terpilih.

Proses penebusan bagi bantuan ini boleh dibuat mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

Baca juga: Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Senarai Kelengkapan Sekolah Yang Boleh Ditebus

Untuk kelengkapan sekolah yang boleh ditebus, sila rujuk kepada senarai kelengkapan sekolah di bawah:

Sekolah Pelajar Barangan Wajib Barangan Pilihan
Rendah Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-shirt
putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Rendah Perempuan -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
T-shirt putih/singlet
Seluar track
Uniform & peralatan kokurikulum
Alatulis
Tali pinggang
Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Menengah
Lelaki  -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg Sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTA Lelaki -Baju kemeja sekolah lengan panjang
-Seluar sekolah
-Stokin sekolah
-Songkok
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTA Perempuan -Baju kurung sekolah (kaf)
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah (labuh)
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan

Lokasi Penebusan & Pembelian

Untuk penebusan, berikut merupakan senarai kedai atau pasaraya yang terpilih untuk penerima membuat penebusan.

  1. Bintang Fashion Selayang Baru
  2. Mydin Selayang Utama
  3. Pusat Pakaian Hari-Hari Selayang Utama
  4. Bintang Fashion–Metro Kepong
  5. Canggih–Pustaka Rawang Enterprise
  6. Pusat Pakaian Hari-Hari Sri Selayang
  7. Bintang Fashion – Sri Gombak
  8. Canggih–Kedai Canggih Wangsa Walk Mall
  9. Canggih–Ana Muslim Desa Melawati
  10. Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Permata
  11. Econsave Festival City–Setapak
  12. Bintang Fashion–Aeon Big Wangsa Maju
  13. Mydin Chow Kit Emporium
  14. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR
  15. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 2
  16. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 3
  17. Canggih–Pustaka Ibu Pudu Sentral
  18. The Store–Midpoint
  19. Canggih–Paris Garden Kenanga Wholesale City
  20. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 2
  21. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 3
  22. Canggih-Kedai Serbanika Pangsapuri Pantai Ria
  23. The Store Sri Petaling
  24. Bintang Fashion–Giant Kinrara
  25. Econsave Jalan Klang Lama
  26. Econsave Scott Garden
  27. Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Medan
  28. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sri Permaisuri
  29. Mydin Sinar Kota, Jalan Silang
  30. Econsave Balakong
  31. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Silang
  32. Pusat Pakaian Hari-Hari Lake Fields
  33. Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sungai Besi
  34. Bintang Fashion Pandan Jaya
  35. Canggih–Pustaka Rawang
  36. Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih
  37. Pusat Pakaian Hari-Hari Kajang
  38. Bataras Labuan
  39. Bataras Labuan–Financial Park
  40. Canggih–Canggih Bayu 2 Jalan Okk Awang Besar Labuan
  41. Canggih–Rizqen Enterprise UTC Labuan
  42. Canggih–Canggih Bayu Bukit Garden

Semak Status Asnaf

Sebelum membuat penebusan, pelajar asnaf diminta untuk menyemak status asnaf terlebih dahulu seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/maiwp-kasih-asnaf-bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/?fbclid=IwAR0aqVTkLmtxkIGlN8JVKZ_19_pQEQVZ-fAof7BRT4uO1ZSJUbNHudthryc
  2. Tekan butang ‘Semak di Sini.’
  3. Masukkan no. kad pengenalan pelajar.
  4. Keputusan semakan dipaparkan.

Proses Penebusan & Pembelian

Setelah membuat semakan, pelajar asnaf boleh membuat penebusan dan pembelian barangan sekolah melalui langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke pasaraya/kedai yang berdaftar.
  2. Pilih barang keperluan.
  3. Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP.
  4. Serahkan MyKad/MyKid/Kad Pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) di kaunter bayaran.
  5. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di kaunter pembayaran.
  6. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad/MyKid/ Kad Pintar di kaunter.
  7. Resit akan dicetak setelah selesai
  8. Semak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.

Soalan Lazim

Apakah kemungkinan yang terjadi sekiranya saya tidak membeli barangan wajib terlebih dahulu?

Jika mereka memilih untuk tidak melengkapkan pembelian barangan wajib dahulu, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan batal. Barangan wajib perlu dihabiskan penubusan sebelum mereka dibenarkan membeli barangan keperluan peralatan sekolah yang lain.

Bagaimanakah cara membuat pembelian sekiranya saya bukan pemegang MyKad/Bukan warganegara?

Anda perlu menunjukkan kad pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) sebagai bukti yang anda adalah penerima yang sah ketika membuat pembelian. Juruwang hanya akan meneruskan proses jualan dikaunter setelah mengesahkan kad pintar anda.

Sekiranya MyKad saya rosak, apakah yang saya perlu lakukan?

Apabila situasi di mana MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan.

Apakah terma dan syarat pemulangan atau penukaran untuk pakaian seragam atau barangan keperluan persekolahan yang lain?

Produk boleh dikembalikan dan digantikan di kaunter khidmat pelanggan di cawangan dimana pembelian dilakukan. Pemulangan atau penukaran barandan hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian dengan membawa resit asal pembelian, barangan tersebut (masih berada di dalam keadaan yang baik di dalam pembungkusan yang asal) dan tag harga yang tidak ditanggalkan.

Di manakah saya boleh menempah pakaian sekolah bagi saiz yang tidak dijual di kedai/pasaraya?

Saiz pakaian seragam sekolah yang sukar didapati dikedai atau pasaraya boleh ditempah dirangkaian pembekal seperti Canggih. 

Bantuan & Pertanyaan

Untuk sebarang bantuan dan pertanyaan, sila hubungi pihak MAWIP di talian:

  • Kuala Lumpur: 011-6254 2728/011-5920 9476/011-6334 1373
  • Putrajaya: 011-5949 6216
  • Labuan: 013-851 3066/08-741 9594/08-741 9716

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.